Antarabangsa
“Burqa tidak pernah menyakiti saya, tetapi lelaki memakai sut yang membawa kita kepada peperangan.”
Stereotaip boleh menjadi sangat bahaya dan sering menjadi asas kepada kebencian dan ketaksuban. Jenayah kebencian terhadap umat islam telah meningkat kepada 1617 peratus dari 2000 hingga 2001 susulan serangan 11 September 2001.
- Satu surat yang ditulis kepada The Guardian mendedahkan bagaimana manusia telah diajar untuk takut kepada wanita yang memakai burka sedangkan lelaki yang memakai sut sentiasa merosakkan kehidupan manusia.
- Surat itu ditulis sebagai tindak balas kepada pegawai polis yang memaksa seorang wanita menanggalkan burkininya di pantai Nice di Perancis rentetan banyak bandar di Perancis telah mengharamkan burkini dan penutup muka.
- Walaupun jenayah kebencian terhadap Islam telah menurun dengan ketara sejak dua dekad yang lalu, Islamophobia masih menjadi isu besar di Amerika.
Stereotaip boleh menjadi sangat bahaya dan sering menjadi asas kepada kebencian dan ketaksuban.
Jenayah kebencian terhadap umat islam telah meningkat kepada 1617 peratus dari 2000 hingga 2001 susulan serangan 11 September 2001.
Walaupun jenayah kebencian menurun dengan ketara sejak dua dekad lalu, Islamophobia masih menjadi isu besar di Amerika dan di kebanyakan tempat lain di dunia.
Artikel surat pembaca kepada The Guardian mendedahkan bagaimana manusia diajar merasa takut kepada wanita memakai burka sedangkan lelaki yang memakai sut sentiasa merosakkan kehidupan semua orang.
Surat itu ditulis sebagai tindak balas kepada pegawai polis yang memaksa seorang wanita menanggalkan burkininya di pantai Nice di Perancis selepas bandar-bandar di negara itu telah mengharamkan pemakaian burkini dan penutup muka.
Henry Stuart yang berasal dari London dalam suratnya berkata, “Tiada wanita berburqa (atau hijab atau burkini) yang pernah menyakiti saya”, mendedahkan pengalaman peribadinya yang bertentangan dengan semua stereotaip dikaitkan dengan umat Islam.
“Tetapi saya telah dipecat (tanpa penjelasan) seorang lelaki yang memakai sut,” kata Stuart.
Stuart berkata lelaki memakai sut jugalah yang menyekat bayaran pencennya, merosakkan dunia, memulakan peperangan, meruntuhkkan ekonomi dunia dan menyebabkan banyak manusia lain sengsara.
“JIka kita memberitahu kepada semua orang tentang apa yang mereka patut pakai, mungkin kita patut haramkan saman,” katanya mempersoalkan tindakan hipkrasi mereka yang mengharamkan pemakaian burqa.
Sumber: Upworthy