Connect with us

Terkini

Malaysia jalin kerjasama sembilan negara bentuk ekosistem industri halal global komprehensif

Bagi memapankan pembangunan sektor halal di peringkat global, Malaysia bergerak aktif dalam menjalinkan kerjasama bersama sembilan buah negara setakat 30 Jun 2022, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lim Ban Hong
Foto: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong. Sumber Bernama.
  • Malaysia menjalinkan kerjasama bersama sembilan buah negara bagi membangunkan sektor halal di peringkat global. 
  • Industri halal global dijangka mencapai nilai US$5 trillion menjelang 2030 berdasarkan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP).
  • MITI melalui agensinya Halal Development Corporation (HDC) mempromosikan industri halal sebagai satu penanda aras terhadap nilai kualiti serta tahap keselamatan sesuatu barangan yang menepati piawaan atau standard antarabangsa dan bukan terhad kepada pasaran di negara muslim semata-mata.

Kuala Lumpur – Bagi memapankan pembangunan sektor halal di peringkat global, Malaysia bergerak aktif dalam menjalinkan kerjasama bersama sembilan buah negara setakat 30 Jun 2022, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). 

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lim Ban Hong berkata negara yang terlibat adalah Vietnam, Kemboja, Indonesia, Thailand, Arab Saudi, Rusia, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.

“Kerjasama tersebut adalah dalam bentuk pembangunan rangka ekosistem industri halal untuk mempercepatkan kerjasama ekonomi dan integrasi antara negara kesalinghubungan antara serantau. 

“Ia akan melonjakkan peluang pertumbuhan ekonomi yang melibatkan produk dan perkhidmatan halal melalui pengembangan akses pasaran, galakan aktiviti pelancongan mesra muslim dan promosi pelaburan asing ke dalam negara masing-masing,” katanya pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Perkongsian kepakaran industri halal Malaysia dilakukan secara strategik untuk membentuk ekosistem industri halal global yang lebih komprehensif memandangkan industri halal global dijangka mencapai nilai US$5 trillion menjelang 2030 berdasarkan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP), katanya.

“MITI melalui agensinya Halal Development Corporation (HDC) mempromosikan industri halal sebagai satu penanda aras terhadap nilai kualiti serta tahap keselamatan sesuatu barangan yang menepati piawaan atau standard antarabangsa dan bukan terhad kepada pasaran di negara muslim semata-mata,” katanya 

Menurut Lim kerjasama tersebut dapat mengalakkan ketulusan yang lebih tinggi, perkongsian maklumat,  memudahcara perdagangan, kerjasama ekonomi, serta penyeragaman piawaan dan peraturan antarabangsa berkaitan pensijilan halal Malaysia dimana ia akan membuka pasaran yang lebih luas kepada industri halal tempatan.

Selain itu,  kerjasama tersebut juga merupakan kerjasama strategik yang dilakukan untuk meningkatkan jenama halal produk-produk yang dihasilkan di Malaysia dan menggalakkan lebih banyak pelaburan asing ke dalam industri halal serta seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan baharu

“Kerjasama ini juga adalah bagi mengenalpasti ketersediaan sumber bahan mentah yang dapat diperolehi dikalangan negara yang terlibat pada harga yang lebih kompetitif dan ia akan memantapkan integrasi rantaian bekalan bahan mentah industri halal tempatan.

“Pembangunan dan kerjasama dalam sektor halal dengan negara yang dinyatakan akan mempelbagaikan barangan dan perkhidmatan halal yang berkualiti dipasaran dunia pada harga yang berpatutan dan ini akan beri kesan positif kepada pasaran halal dunia termasuk Malaysia,” katanya.

Tambahnya ia akan menggalakan perkongsian dalam pengeluaran produk halal dan pembangunan bakat industri halal sedunia dan ia akan beri kesan positif kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *