Terkini
Negara Amerika Selatan lancar protes diplomatik terhadap Israel
Beberapa negara Amerika Selatan melancarkan protes diplomatik terhadap Israel sebagai tindak balas kepada pencerobohannya ke atas Semenanjung Gaza yang telah membunuh lebih 8,000 orang awam, lapor akhbar The Guardian.
- Beberapa negara Amerika Selatan melancarkan protes diplomatik terhadap Israel sebagai tindak balas kepada pencerobohannya ke atas Semenanjung Gaza yang membunuh lebih 8,000 orang awam, lapor akhbar The Guardian.
- Bolivia menamatkan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv, dengan menegaskan Israel melakukan jenayah perang serta melanggar hak asasi manusia.
- Beberapa jam selepas pengumuman itu, kerajaan Chile dan Colombia turut memanggil pulang duta-dutanya ke Israel, manakala Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva turut mengkritik serangan berterusan ke atas Gaza.
- Presiden Venezuela, Nicolas Maduro kelmarin mengulangi desakan untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai dilakukan Israel ke atas penduduk Palestin.
LA PAZ, BOLIVIA – Beberapa negara Amerika Selatan melancarkan protes diplomatik terhadap Israel sebagai tindak balas kepada pencerobohannya ke atas Semenanjung Gaza yang telah membunuh lebih 8,000 orang awam, lapor akhbar The Guardian.
Bolivia membuat keputusan menamatkan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv, dengan menegaskan bahawa Israel melakukan jenayah perang serta melanggar hak asasi manusia.
“Kami menuntut serangan dihentikan di Semenanjung Gaza yang setakat ini telah meragut ribuan nyawa orang awam dan menyebabkan pemindahan rakyat Palestin secara paksa,” kata Menteri dalam Pentadbiran Presiden Luis Arce, Maria Nela Prada dalam satu sidang akhbar semalam.
Beberapa jam selepas pengumuman itu, kerajaan Chile dan Colombia turut memanggil pulang duta-dutanya ke Israel, manakala Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva turut mengkritik serangan berterusan ke atas Gaza.
Bekas presiden Bolivia, Evo Morales sebelum ini menggesa negara itu memutuskan hubungan dengan Israel berikutan keadaan di Palestin.
Beliau turut mendesak agar Israel dinamakan sebagai ‘tanah pengganas’ selain Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu serta rakan sejenayahnya dikecam di mahkamah jenayah antarabangsa kerana pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang.
Dalam pada itu, Presiden Venezuela, Nicolas Maduro kelmarin mengulangi desakan untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel ke atas penduduk Palestin.
“Mereka (Israel) mahu menghapuskan rakyat Palestin.
“Bersama-sama semua orang dari seluruh dunia, marilah kita bersatu untuk menyeru gencatan senjata dan menamatkan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin,” katanya.
Sumber: Kosmo
Terkini
Pasangan pelik miliki imej individu lakukan seks dengan mayat manusia, haiwan dihukum
Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
- Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
- Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
- Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
- Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
- Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun.
Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
Lelaki terbabit mengaku memiliki pornografi melampau dan imej tidak senonoh kanak-kanak serta cuba bercakap secara tidak senonoh dengan enam kanak-kanak yang sebenarnya adalah individu dewasa yang menyamar untuk menyingkirkan ‘pemangsa’ dalam talian.
Isterinya juga mengaku bersalah memiliki dan berkongsi gambar tidak senonoh kanak-kanak serta pornografi melampau.
Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel