Terkini
Individu sokong hubungan diplomatik dengan Israel direman tiga hari – PDRM
Individu dipercayai warga Malaysia yang menyokong hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel direman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan polis.
- Individu dipercayai warga Malaysia yang menyokong hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel direman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan polis.
- “Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuat tangkapan terhadap individu yang dikenali dengan nama Victor Yong berumur 36 tahun bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menyokong hubungan diplomatik dengan Israel.
- “Kenyataan itu dibuat dalam satu temu bual bersama pempengaruh media sosial Israel bernama Hananya Naftali yang telah dimuat naik dalam laman TikTok Malaysian Gazette,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam kenyataan pada Rabu.
- Mohd Shuhaily berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
KUALA LUMPUR — Individu dipercayai warga Malaysia yang menyokong hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel direman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata penahanan lelaki berumur 36 tahun itu susulan kenyataan dikeluarkannya menerusi temu bual bersama pempengaruh media sosial Israel berkaitan isu hubungan diplomatik berkenaan.
Katanya, permohonan reman selama tiga hari itu dibenarkan Mahkamah Majistret Johor Bahru.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuat tangkapan terhadap individu yang dikenali dengan nama Victor Yong berumur 36 tahun bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menyokong hubungan diplomatik dengan Israel.
“Kenyataan itu dibuat dalam satu temu bual bersama pempengaruh media sosial Israel bernama Hananya Naftali yang telah dimuat naik dalam laman TikTok Malaysian Gazette,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohd Shuhaily berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata kes masih di peringkat siasatan dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
“PDRM turut mengingatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan kemudahan aplikasi bagi maksud yang menyalahi undang-undang,” kata Mohd Shuhaily.
Terdahulu, Victor Yong Jen Ong dilaporkan menggesa Kedutaan Israel dibuka di Malaysia dalam rakaman videonya bersama seorang pempengaruh warga Israel.
Victor turut mencadangkan Malaysia meniru jejak langkah beberapa negara Arab supaya budaya Yahudi boleh diperkenalkan di negara ini. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Polis Diraja Malaysia
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia