Terkini
Pembangkang cadang masukkan LGBT dalam masalah kesihatan mental
Seorang ahli Parlimen pembangkang hari ini mencadangkan supaya perlakuan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dimasukkan dalam kategori masalah kesihatan mental.

- Seorang ahli Parlimen pembangkang hari ini mencadangkan supaya perlakuan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dimasukkan dalam kategori masalah kesihatan mental.
- Perkara itu dikemukakan Jamaludin Yahya (PN- Pasir Salak) ketika mencelah perbahasan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) bagi Rang Undang-Undang (RUU) Kesihatan Mental (Pindaan 2023) di Dewan Rakyat, hari ini.
- “Ia untuk mengatasi masalah yang menjadi natijah kepada mereka yang celaru mental ini sehingga sanggup berfikir untuk membunuh diri.
- “Orang yang biasa dan bahagia tidak akan tergamak untuk mencederakan diri, lagi-lagi mahu membunuh diri,” katanya.
KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen pembangkang hari ini mencadangkan supaya perlakuan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dimasukkan dalam kategori masalah kesihatan mental.
Perkara itu dikemukakan Jamaludin Yahya (PN- Pasir Salak) ketika mencelah perbahasan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) bagi Rang Undang-Undang (RUU) Kesihatan Mental (Pindaan 2023) di Dewan Rakyat, hari ini.
“Bersetujukah Kapar (Halimah) dengan Pasir Salak. Pasir Salak nak mencadangkan bahawa golongan LGBT juga dimasukkan dalam masalah kesihatan mental,” katanya.
Halimah ketika menjawab celahan itu memohon supaya cadangan Jamaludin dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan perbahasannya.
“Terima kasih Pasir Salak (Jamaludin), kira masuklah tu dalam ucapan saya.
Dalam pada itu, Halimah berkata, kecelaruan mental adalah isu yang besar dan beliau bersetuju bukan saja Kementerian Kesihatan, tetapi semua kementerian berkaitan perlu duduk bersama mengatasi secara tuntas, dengan adanya satu pelan hala tuju.
“Ia untuk mengatasi masalah yang menjadi natijah kepada mereka yang celaru mental ini sehingga sanggup berfikir untuk membunuh diri
“Orang yang biasa dan bahagia tidak akan tergamak untuk mencederakan diri, lagi-lagi mahu membunuh diri,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh, membentangkan RUU berkenaan untuk bacaan kali kedua.
Sumber: Berita Harian
