Connect with us

Terkini

Mengapa biar pesawat dan kapal China ceroboh ruang udara dan perairan negara?

Isu pencerobohan China di ruang udara dan perairan Malaysia di Laut China Selatan perlu ditangani dengan lebih tegas kerana ia kini semakin jelas mencabul kedaulatan negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

pencerobohan china malaysia
Foto: Kapal China ceroboh perairan Malaysia.
  • “Ini tidak betul, saya semakin hari semakin risau dengan kehadiran pesawat China di ruang udara dan kapal mereka di perairan kita di Laut China Selatan. Apakah kita semua tidak nampak? – ADUN Balingian
  • Isu pencerobohan China di ruang udara dan perairan Malaysia di Laut China Selatan perlu ditangani dengan lebih tegas kerana ia kini semakin jelas mencabul kedaulatan negara.
  • Wisma Putra digesa supaya tidak terus mengambil sikap berdiam diri berhubung isu itu kerana ia hanya akan meningkatkan lagi kebimbangan rakyat di Sabah dan Sarawak yang berdepan pencerobohan itu.

KUCHING: Isu pencerobohan China di ruang udara dan perairan Malaysia di Laut China Selatan perlu ditangani dengan lebih tegas kerana ia kini semakin jelas mencabul kedaulatan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Yakub Arbi, berkata isu itu sudah lama diperkatakan khususnya kalangan wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak, namun terus berlarutan.

Justeru, beliau menggesa Wisma Putra supaya tidak terus mengambil sikap berdiam diri berhubung isu itu kerana ia hanya akan meningkatkan lagi kebimbangan rakyat di Sabah dan Sarawak yang berdepan pencerobohan itu.

“Wisma Putra harus lebih tegas dalam menangani isu pencabulan kedaulatan negara ketika ini

“Kebimbangan itu sudah banyak kali dibangkitkan oleh wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun isu itu bukannya selesai malah terus berlarutan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Yakub berkata, sudah tiba masanya untuk tindakan diambil bagi menangani isu itu, bukannya terus berdiam diri hanya kerana mahu menjaga hati segelintir pihak.

“Ini tidak betul, saya semakin hari semakin risau dengan kehadiran pesawat China di ruang udara dan kapal mereka perairan kita di Laut China Selatan. Apakah kita semua tidak nampak?

“Sejak tahun lalu lagi sudah ada laporan mendedahkan pesawat pejuang ‘Halimunan’ China, J-20 berlegar di ruang udara Laut China Timur dan Laut China Selatan untuk melakukan rondaan dan latihan rutin,” katanya.

Menurutnya, pencerobohan itu boleh menggugat aktiviti perkapalan serta nelayan tempatan.

Justeru katanya, nota bantahan perlu dikemukakan menerusi saluran diplomatik dengan segera.

“Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan perlu menggerakkan sebarang resolusi bagi mempertahankan kedaulatan tanah air khususnya keselamatan rakyat di Sabah dan Sarawak.

“Siri pencerobohan ruang angkasa dan maritim Borneo serta Pantai Timur Semenanjung yang berlaku selepas pandemik COVID-19 seolah-oleh memberi gambaran kerajaan tidak mempunyai pelan mitigasi dan pemulihan terhadap krisis ini yang cukup membimbangkan,” katanya.

Menurutnya lagi, Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 memberi amaran supaya Malaysia lebih berwaspada berikutan 89 pencerobohan dikesan dalam tempoh 2016 hingga 2019.

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *