Antarabangsa
Biden gesa kongres luluskan larangan serangan bersenjata
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa kongres supaya meluluskan larangan senjata serangan, kata Rumah Putih.

- Gesaan itu dibuat selepas enam mangsa termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dalam kejadian tembakan di Tennessee semalam.
- “Kita perlu lebih lagi untuk menghentikan keganasan menggunakan senjata api. Ia memecahbelahkan masyarakat kita.
- “Justeru, saya akan menggesa sekali lagi supaya kongres meluluskan sekatan senjata serangan,” – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
- Biden berulang kali menyeru larangan senjata serangan diperbaharui dan memperkenal peraturan lebih ketat mengenai penjualan senjata api.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa kongres supaya meluluskan larangan senjata serangan, kata Rumah Putih.
Gesaan itu dibuat selepas enam mangsa termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dalam kejadian tembakan di Nashville, Tennessee semalam.
“Kita perlu lebih lagi untuk menghentikan keganasan menggunakan senjata api. Ia memecahbelahkan masyarakat kita.
“Justeru, saya akan menggesa sekali lagi supaya kongres meluluskan sekatan senjata serangan,” kata Biden di Rumah Putih.
Penyerang yang berumur 28 tahun mati ditembak oleh anggota polis di tempat kejadian mempunyai sekurang-kurangnya dua senapang separa automatik dan sepucuk pistol, kata polis pada awal kejadian.
Polis kemudiannya berkata penembak itu mempunyai selaras senapang separa automatik dan dua pistol.
Biden dari parti Demokrat berulang kali menyeru larangan senjata serangan diperbaharui dan memperkenal peraturan lebih ketat mengenai penjualan senjata api.
Menurut seorang penggubal undang-undang, Dewan Rakyat yang dikawal ahli Republikan mungkin tidak akan meluluskan sebarang undang-undang berkait keselamatan senjata api baharu.
“Berapa ramai lagi kanak-kanak yang perlu dibunuh sebelum Republikan di konges akan bertindak dan meluluskan larangan senjata serangan, untuk menutup kelompongan dalam sistem pemeriksaan latar belakang kami atau memerlukan penyimpanan senjata yang selamat?,” kata Jurucakap Rumah Putih, Karine Jean Pierre kepada pemberita. – REUTERS
Sumber: Berita Harian
