Connect with us

Antarabangsa

Enam maut termasuk kanak-kanak dalam keganasan senjata api di sekolah

Seorang bekas pelajar lengkap bersenjata membunuh tiga kanak-kanak dan tiga kakitangan dalam serangan yang dirancang secara teliti di sebuah sekolah rendah swasta di Nashville semalam sebelum penyerang ditembak mati oleh polis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Enam maut termasuk kanak-kanak dalam keganasan senjata api di sekolah
Foto: Di tempat kejadian di sekolah rendah swasta, Nashville.
  • Seorang bekas pelajar bersenjata membunuh tiga kanak-kanak dan tiga kakitangan dalam serangan dirancang secara teliti di sebuah sekolah rendah swasta di Nashville semalam sebelum penyerang ditembak mati oleh polis.
  • Ketua Polis Nashville, John Drake menamakan suspek sebagai Audrey Hale, dikenal pasti sebagai wanita transgender.
  • “Hale meninggalkan manifesto, mempunyai peta sekolah memperincikan kamera pengawasan dan pintu keluar masuk, manakala penyerang bersedia bertempur dengan penguatkuasaan undang-undang,” katanya.
  • Suspek dipercayai merancang serangan lebih luas kerana manifesto itu menunjukkan dia menyasarkan beberapa lokasi lain selain sekolah berkenaan.

NASHVILLE, TENNESSEE – Seorang bekas pelajar lengkap bersenjata membunuh tiga kanak-kanak dan tiga kakitangan dalam serangan yang dirancang secara teliti di sebuah sekolah rendah swasta di Nashville semalam sebelum penyerang ditembak mati oleh polis.

Ketua Polis Nashville, John Drake menamakan suspek sebagai Audrey Hale, 28, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai wanita transgender (mak nyah).

“Hale meninggalkan manifesto, mempunyai peta sekolah memperincikan kamera pengawasan dan pintu keluar masuk, manakala penyerang bersedia bertempur dengan penguatkuasaan undang-undang,” katanya kepada pemberita. Ia merupakan keganasan senjata api terbaru yang mengejutkan Amerika Syarikat (AS).

Dalam wawancara bersama saluran berita NBC News, beliau berkata, suspek dipercayai merancang serangan lebih luas kerana manifesto itu menunjukkan dia menyasarkan beberapa lokasi lain selain sekolah berkenaan.

Bersenjatakan sekurang-kurangnya dua laras raifal tempur dan sepucuk pistol, Hale menceroboh sekolah The Covenant School yang merupakan sebuah akademi Kristian, menerusi pintu sisi dan menembak sebuah pintu seterusnya masuk ke dalam bangunan sekolah. Dia kemudian melepaskan bedas-das tembakan rambang semasa mara di dalam bangunan, kata polis.

Polis telah mengenal pasti identiti keenam-enam mangsa terbabit dan berkata seorang daripada tiga kanak-kanak itu berumur lapan tahun dan dua lagi berusia sembilan tahun, manakala orang dewasa yang terbunuh berusia antara 60 hingga 61 tahun.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *