Terkini
Benarkan penukaran agama secara sepihak, Arun Dorasamy akan failkan kes terhadap sembilan negeri
Pengerusi Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy, menyatakan di laman Facebook bahawa pihaknya bersedia untuk memfailkan kes di Mahkamah Tinggi terhadap sembilan negeri yang membenarkan penukaran agama kanak-kanak secara satu pihak.

- Pengerusi Hindu Agamam Ani Malaysia menyatakan bahawa pihaknya bersedia untuk memfailkan kes di Mahkamah Tinggi terhadap sembilan negeri yang membenarkan penukaran agama kanak-kanak secara satu pihak.
- Enakmen ini memberi kesan kepada golongan minoriti Hindu – Pengerusi Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy.
KUALA LUMPUR – Pengerusi Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy, menyatakan di laman Facebook bahawa pihaknya bersedia untuk memfailkan kes di Mahkamah Tinggi terhadap sembilan negeri yang membenarkan penukaran agama kanak-kanak secara satu pihak.
Seorang pengguna bernama Jerry Smiley berkata dirinya tidak mengiktiraf undang-undang ini kerana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan untuk seluruh negara bahawa enakmen ini bertentangan dengan perlembagaan dan telah pun menjadi satu undang-undang.
Arun membalas komen itu dengan berkata enakmen tersebut memberi kesan kepada golongan minoriti Hindu.
“Ya, penukaran agama secara satu pihak telah diharamkan oleh mahkamah persekutuan dan oleh itu, saya berpendapat bahawa mahkamah syariah tidak boleh melebihi mahkamah persekutuan,” balas pengguna Jerry Smile kepada komen Arun.
Terdahulu, media melaporkan seorang ibu tunggal, Loh Siew Hong, mencabar tindakan bekas suaminya mendaftarkan tiga anak mereka sebagai mualaf tanpa kebenarannya.
Ketiga-tiga anaknya telah didaftarkan sebagai muslim oleh bekas suami Siew Hong yang memeluk Islam, M. Nagahswaran tanpa persetujuannya pada 7 Julai 2020.
Satu lagi kes yang sama berlaku di mana tiga orang anak kepada seorang guru tadika beragama Hindu, M Indira Gandhi pada tahun 2009 di Perak.
Suami Indira, Muhammad Riduan Abdullah, seorang mualaf telah menukar agama ketiga-tiga anaknya yang ketika itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan.
Sumber: Facebook Arun Dorasamy
