Mahkamah Persekutuan menangguhkan kepada tarikh yang akan ditetapkan kemudian, untuk memutuskan petisyen oleh seorang peguam dan anaknya yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
Kerajaan Kelantan menegaskan tidak timbul soal baru sekarang pihaknya mahu mempertahankan undang-undang syariah di negeri ini kerana usaha tersebut sudah dilaksanakan secara berterusan.
Empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) disaran menubuhkan struktur rasmi 'State-Goverment 4' (SG4) bagi memulakan agenda pelaburan secara pantas.
Datuk Seri Fadillah Yusof mengarahkan semua agensi supaya bersiap siaga bagi menghadapi banjir terutama di Pantai Timur.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihatkan pengundi khususnya umat Islam supaya membuat pertimbangan sewajarnya dalam pemilihan wakil rakyat berpandukan kepada isyarah dan istikharah.
Kelantan dipercayai memiliki sumber mineral dan unsur nadir bumi (REE) mencecah RM125 bilion daripada jumlah keseluruhan nilai RM700 bilion dalam negara.
Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk menggunakan tema Hari Kebangsaan yang sama dengan kerajaan Pusat bagi sambutan peringkat negeri pada tahun ini iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan...
Selepas Terengganu dan Kelantan, hari ini Kedah mengumumkan bahawa negeri itu akan menggunakan tema dan logo sambutan Hari Kebangsaan yang sama seperti diperkenalkan kerajaan Persekutuan.
Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) Rantau Panjang membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud susulan kenyataan yang melabel dua Ahli Dewan...
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud kecewa selepas ada individu bertindak mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 yang dilaksanakan di negeri ini.