Terkini
Struktur rasmi SG4 perlu ditubuhkan – Tun Mahathir
Empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) disaran menubuhkan struktur rasmi ‘State-Goverment 4’ (SG4) bagi memulakan agenda pelaburan secara pantas.

- Empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) disaran menubuhkan struktur rasmi ‘State-Goverment 4’ (SG4) bagi memulakan agenda pelaburan secara pantas.
- Perkara itu disuarakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sesi pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan kepimpinan negeri hari ini.
- Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu (Proklamasi), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Tun M mengadakan mesyuarat secara tertutup hampir sejam setengah dengan Ahmad Samsuri serta kepimpinan kerajaan negeri Terengganu mengenai perancangan pembangunan ekonomi negeri terbabit berserta ‘SG4.’
- “Dalam mesyuarat itu, Tun M menekankan mengenai penubuhan struktur rasmi ‘SG4’ bagi memulakan agenda pelaburan di empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu secara pantas,” katanya.
Kuala Terengganu: Empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) disaran menubuhkan struktur rasmi ‘State-Goverment 4’ (SG4) bagi memulakan agenda pelaburan secara pantas.
Perkara itu disuarakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sesi pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan kepimpinan negeri hari ini.
Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu (Proklamasi), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Tun M mengadakan mesyuarat secara tertutup hampir sejam setengah dengan Ahmad Samsuri serta kepimpinan kerajaan negeri Terengganu mengenai perancangan pembangunan ekonomi negeri terbabit berserta ‘SG4.’
Beliau berkata, pertemuan berjalan dalam suasana cukup positif turut memberi penerangan serta pencerahan mengenai kedudukan terkini pelaburan di negeri Terengganu dan negeri ‘SG4’ lain.
“Dalam mesyuarat itu, Tun M menekankan mengenai penubuhan struktur rasmi ‘SG4’ bagi memulakan agenda pelaburan di empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu secara pantas.
“Kepimpinan ‘SG4’ mestilah berteraskan pada ‘business friendly state government’ bagi menarik lebih banyak ‘FDI’ ke negeri terbabit.
“Keempat-empat negeri ini mestilah digabungkan sebagai satu badan untuk melaksanakan agenda pelaburan yang menguntungkan semua pihak.
“Beberapa pelaburan sudah dikenal pasti untuk ‘SG4’ memulakan perancangan pelaburan secara kolektif bagi memanfaatkan empat negeri-negeri di bawah gabungan ‘SG4’,” katanya dalam kenyataan, malam semalam.
Pertemuan di Pejabat Menteri Besar turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli Exco iaitu Dr Azman Ibrahim, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman serta Pengarah UPEN, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.
Khairuddin berkata, pihaknya ke kediaman Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Rusila, Marang untuk jamuan makan tengah hari pada 12 tengah hari.
Beliau berkata, mantan Perdana Menteri juga sempat menunaikan solat Zuhur di Masjid Tuan Guru serta meluangkan masa selama hampir sejam bersama Abdul Hadi membincangkan pelbagai isu-isu negara masa kini.
“Dalam perjalanan pulang, Tun M sempat membuat lawatan ke kilang dua usahawan makanan tempatan Adeqsue dan Muslim Food di Kuala Terengganu bagi memberi sokongan moral ke arah mengembangkan lagi perniagaan mereka.
“Lawatan kerja ke Terengganu Tun M singgah di kedai celup tepung Pok Nong Batu Rakit sebelum pulang ke Kuala Lumpur,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS