Connect with us

Terkini

Kes cabaran Enakmen Jenayah Syariah Kelantan: KKD disaran panggil tokoh berkecuali ke RTM

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) disarankan menggunakan platform Radio Televisyen Malaysia untuk memanggil tokoh berkecuali bagi menjelaskan isu sebenar kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya yang mengemukakan petisyen bagi mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Hidayah Sani

Published

on

Kes cabaran Enakmen Jenayah Syariah Kelantan: KKD disaran panggil tokoh berkecuali ke RTM
Foto: Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan.
  • Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) disarankan menggunakan platform Radio Televisyen Malaysia untuk memanggil tokoh berkecuali bagi menjelaskan isu sebenar kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya yang mengemukakan petisyen bagi mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
  • Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata ia perlu dilakukan kerana masyarakat ingin mengetahui cerita sebenar di sebalik kes itu yang kecoh ketika ini.
  • Katanya, saranan itu juga dapat mengelakkan daripada berlaku isu tuding jari di antara semua pihak, termasuk membabitkan Perdana Menteri, bekas menteri, Peguam Negara (AG) atau kerajaan Negeri Kelantan.
  • “Sebab itu saya nak cadangkan kepada kerajaan di peringkat KKD maksudnya pihak kementerian ini, tidak boleh ke panggil tokoh-tokoh (orang yang berkecuali) contohnya bekas Ketua Hakim Negara, bekas Peguam Negara, pengamal undang-undang atau pensyarah universiti masuk dekat TV1, TV2 bercakap soal tentang apa isu sebenarnya berlaku dalam negara kita ini sebab rakyat di bawah ini nak tahu apa cerita sebenarnya!” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) disarankan menggunakan platform Radio Televisyen Malaysia untuk memanggil tokoh berkecuali bagi menjelaskan isu sebenar kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya yang mengemukakan petisyen bagi mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata ia perlu dilakukan kerana masyarakat ingin mengetahui cerita sebenar di sebalik kes itu yang kecoh ketika ini.

Katanya, saranan itu juga dapat mengelakkan daripada berlaku isu tuding jari di antara semua pihak, termasuk membabitkan Perdana Menteri, bekas menteri, Peguam Negara (AG) atau kerajaan Negeri Kelantan.

“Sehari dua hari ini kecoh isu Islam terancam, isu Mahkamah Syariah terancam Perdana Menteri yang ada ini (didakwa) membiarkan soal Islam terancam membiarkan berkenaan Mahkamah Syariah ini terancam. 

“Saya begini Timbalan Menteri (KKD) kita sudah 66 tahun merdeka, kita nak tahu apa cerita sebenar soal dengan Nik Elin lawan dengan kerajaan negeri Kelantan? Kita (rakyat) nak tahu. 

“Sebab itu saya nak cadangkan kepada kerajaan di peringkat KKD maksudnya pihak kementerian ini, tidak boleh ke panggil tokoh-tokoh (orang yang berkecuali) contohnya bekas Ketua Hakim Negara, bekas Peguam Negara, pengamal undang-undang atau pensyarah universiti masuk dekat TV1, TV2 bercakap soal tentang apa isu sebenarnya berlaku dalam negara kita ini sebab rakyat di bawah ini nak tahu apa cerita sebenarnya!” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Sany berkata KKD perlu memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat yang tepat, jelas dan padu kepada seluruh masyarakat berhubung isu itu.

Menjawab saranan itu, Timbalan Menteri KKD, Teo Nie Ching berkata pihaknya akan meminta RTM untuk meneliti cadangan itu yang turut disifatkan sebagai cadangan bagus.

Mahkamah Persekutuan pada Isnin lalu menegaskan isu dalam petisyen bagi mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 bukan bertujuan memburukkan agama Islam mahupun melemahkan kedudukan Mahkamah Syariah seperti diputarbelitkan pihak tertentu.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebaliknya berkata petisyen Nik Elin dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman hanya semata-mata berkaitan isu kompetensi Kerajaan Negeri Kelantan dalam menggubal undang-undang syariah.

Sehubungan itu, beliau menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa Mahkamah Syariah akan terkubur berikutan petisyen dikemukakan dua beranak itu yang mencabar 18 peruntukan undang-undang dalam enakmen tersebut.

Ketua Hakim Negara itu turut mengingatkan para peguam bahawa mereka terikat dengan etika profesion undang-undang dan sedia maklum bahawa tidak sesuai membincangkan kes dalam forum umum apatah lagi untuk mendedahkan fakta penuh berkaitan sesuatu kes yang masih didengar di mahkamah. —- The Merdeka Times

Sumber : Youtube Parlimen Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending