Terkini
Kelantan nafi baru sekarang pertahan undang-undang syariah
Kerajaan Kelantan menegaskan tidak timbul soal baru sekarang pihaknya mahu mempertahankan undang-undang syariah di negeri ini kerana usaha tersebut sudah dilaksanakan secara berterusan.

- Kerajaan Kelantan menegaskan tidak timbul soal baru sekarang pihaknya mahu mempertahankan undang-undang syariah di negeri ini kerana usaha tersebut sudah dilaksanakan secara berterusan.
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd. Asri Mat Daud berkata, perkara berkaitan undang-undang syariah dan hududullah sentiasa menjadi perbincangan saban tahun termasuk dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit itu mendakwa, cabaran terhadap 20 peruntukan Enakmen Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 itu dibuat secara diam-diam menyebabkan berlaku kelewatan dalam tindakan dari pihak kerajaan negeri.
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menegaskan tidak timbul soal baru sekarang pihaknya mahu mempertahankan undang-undang syariah di negeri ini kerana usaha tersebut sudah dilaksanakan secara berterusan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd. Asri Mat Daud berkata, perkara berkaitan undang-undang syariah dan hududullah sentiasa menjadi perbincangan saban tahun termasuk dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
Menurutnya, pada sidang DUN Kelantan ada penggubalan dan pindaan undang-undang bagi menambahbaik serta mempercantikkan undang-undang syariah di negeri ini.
“Contohnya Kanun Jenayah Syariah (2) Negeri Kelantan 1990/93, kita pinda kepada 2015 untuk menambah baik dan mencantikkan undang-undang syariah ini. Begitu juga undang-undang ta’zir yang dicabar di mahkamah sekarang ini.
“Ia diwartakan dan mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V serta dilaksanakan secara rasmi pada 1 November 2021. Jadi tidak timbul soal baru sekarang nak pertahan syariah,” katanya ketika ditemui semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit itu mendakwa, cabaran terhadap 20 peruntukan Enakmen Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 itu dibuat secara diam-diam menyebabkan berlaku kelewatan dalam tindakan dari pihak kerajaan negeri.
“Undang-undang syariah itu sudah dilaksanakan sejak tiga tahun lalu tetapi tiba-tiba dicabar di mahkamah sivil dan DUN Kelantan tidak mempunyai kuasa dalam bidang jenayah sivil.
“Kerana itu berlaku kelewatan di pihak kerajaan negeri. Boleh dikatakan petisyen berkenaan difailkan secara ‘underground’, tahu-tahu sudah dibuat sebutan di mahkamah. Jadi tidak timbul soal baru sekarang mahu pertahan undang-undang syariah,” ujarnya.
Mohd. Asri memberitahu, kerajaan negeri juga mengambil langkah sepatutnya dalam menghadapi cabaran itu mengikut kaedah-kaedah dan lunas undang-undang serta memainkan peranan sepertimana dibenarkan oleh mahkamah.
“Kerajaan negeri memainkan peranan sebagai pencelah dan memanggil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) serta beberapa pihak lain untuk memainkan peranan sama bagi menyatakan hak-hak kita.
“Itu sahaja peranan yang boleh kita mainkan dalam kes ini kerana kita tidak boleh mengganggu kes-kes yang sedang berjalan di mahkamah. Cuma sekarang harapan kita adalah agar rakyat bersolidariti dan bersama-sama menjayakan Himpunan Munajat Enakmen Syariah di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada 18 November ini,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas