Connect with us

Terkini

Tiger Beer nafi beri sumbangan kepada sekolah

Syarikat minuman keras, Tiger Beer semalam menyatakan pihaknya tidak pernah membuat sebarang sumbangan kewangan kepada mana-mana sekolah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tiger Beer berkata Konsert Amal Pendidikan Cina (CECC) yang kontroversi baru-baru ini telah wujud sejak 30 tahun lalu dan misinya dalam program terbabit adalah sebagai platform membantu masyarakat setempat mengumpul dana untuk menaik taraf kemudahan di sekolah-sekolah Cina memerlukan.
  • “Sebagai sebuah jenama bir, kami tidak membuat sebarang sumbangan kepada sekolah. 
  • “Peranan kami dalam CECC hanya melibatkan persembahan artis tempatan di konsert yang dianjurkan untuk para penderma,” katanya dipetik MalaysiaKini pada Khamis.
  • Isu sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina timbul susulan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Sepang didakwa menerima sumbangan Tiger Beer menerusi satu konsert amal pendidikan yang diadakan baru-baru ini.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia berikutan itu menyatakan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut.

KUALA LUMPUR — Syarikat minuman keras, Tiger Beer semalam menyatakan pihaknya tidak pernah membuat sebarang sumbangan kewangan kepada mana-mana sekolah.

Memetik media tempatan, Tiger Beer berkata Konsert Amal Pendidikan Cina (CECC) yang kontroversi baru-baru ini telah wujud sejak 30 tahun lalu dan misinya dalam program terbabit adalah sebagai platform membantu masyarakat setempat mengumpul dana untuk menaik taraf kemudahan di sekolah-sekolah Cina memerlukan.

“Sebagai sebuah jenama bir, kami tidak membuat sebarang sumbangan kepada sekolah. 

“Peranan kami dalam CECC hanya melibatkan persembahan artis tempatan di konsert yang dianjurkan untuk para penderma,” katanya dipetik MalaysiaKini pada Khamis.

Isu sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina timbul susulan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Sepang didakwa menerima sumbangan Tiger Beer menerusi satu konsert amal pendidikan yang diadakan baru-baru ini.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut.

KPM juga menjelaskan sumbangan melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah dilarang berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018.

Justeru, pentadbir di institusi pendidikan KPM diingatkan supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan. 

Isu tersebut mendapat perhatian Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan pengumpulan dana dalam konsert amal ditaja syarikat arak untuk sekolah Cina sejak beberapa dekad lalu adalah dalam jumlah besar, di mana ia hampir setanding dana pembangunan diperuntukkan kerajaan kepada institusi pendidikan itu.

Menurut laporan China Press, Guan Eng percaya kerajaan tidak mampu menampung dana diperlukan sekolah-sekolah Cina itu.

​​Tiger Beer berkata setakat ini pelbagai siri CECC yang dianjurkan berjaya mengumpul lebih RM413 juta daripada para penyumbang terdiri daripada masyarakat tempatan.

“Komunikasi dan penglibatan kami hanya pada peringkat persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah serta ahli lembaga pengarah yang mengendalikan sekolah,” katanya.

Syarikat itu berkata pihaknya sentiasa berhati-hati dalam setiap program disertai bagi memastikan semuanya menghormati sensitiviti budaya dan mematuhi peraturan yang ada. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *