Terkini
Sumbangan babit hasil judi, rokok, minuman keras adalah dilarang – KPM
Sumbangan melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah dilarang, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- KPM mengingatkan pentadbir di institusi pendidikan KPM supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.
- Ia susulan isu penganjuran program amal di sebuah sekolah yang melibatkan sumbangan syarikat minuman keras seperti dilaporkan media baru-baru ini dan kini ia berada dalam perhatian KPM serta siasatan lanjut sedang dijalankan.
- “KPM mengalu-alukan usaha sekolah untuk menganjurkan program dan mendapatkan sumbangan bagi tujuan pembangunan selaras dengan inisiatif Sekolah Milik Masyarakat.
- “Namun ini perlu dilaksanakan berdasar kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018.
- “Ia melarang sumbangan yang melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
KUALA LUMPUR — Sumbangan melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah dilarang, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM dalam kenyataan hari ini berkata larangan itu adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018.
Justeru, kementerian itu mengingatkan pentadbir di institusi pendidikan KPM supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.
Peringatan itu diberikan susulan isu penganjuran program amal di sebuah sekolah yang melibatkan sumbangan syarikat minuman keras seperti dilaporkan media baru-baru ini dan kini ia berada dalam perhatian KPM serta siasatan lanjut sedang dijalankan.
“KPM mengalu-alukan usaha sekolah untuk menganjurkan program dan mendapatkan sumbangan bagi tujuan pembangunan selaras dengan inisiatif Sekolah Milik Masyarakat.
“Namun ini perlu dilaksanakan berdasar kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018.
“Ia melarang sumbangan yang melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Terdahulu, Public Health Malaysia (PHM) mendapati kajian menunjukkan pemasaran alkohol sering menjangkau kelompok muda, termasuk pelajar sekolah.
PHM dilaporkan berkata syarikat alkohol menggunakan pelbagai saluran pemasaran seperti televisyen, internet dan media sosial, termasuk menyalurkan tajaan kepada institusi pendidikan atas nama tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Ini susulan tular gambar pembabitan syarikat minuman keras yang dikatakan menjadi salah satu penyumbang di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/