Terkini
(VIDEO) Didakwa punca Hannah Yeoh ‘dibuli’, Peguam ‘heret’ SKMM ke mahkamah selepas hantaran FB disekat
Seorang peguam akan memfailkan semakan kehakiman ke atas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mendakwa hantaran Facebooknya mengenai isu pemberian kontrak Kerajaan Selangor kepada syarikat suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh disekat agensi itu.
- Seorang peguam akan memfailkan semakan kehakiman ke atas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mendakwa hantaran Facebooknya mengenai isu pemberian kontrak Kerajaan Selangor kepada syarikat suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh disekat agensi itu.
- Shamsher Singh Thind berkata SKMM dalam maklum balas agensi itu terhadap surat tuntutannya memaklumkan hantaran beliau telah menyebabkan wujudnya kenyataan-kenyataan bersifat menghina dengan niat untuk mengganggu dan membuli Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu di alam siber.
- “Apa saya tanya Hannah Yeoh? Saya tanya isu tender terbuka, kenapa suami you (Hannah) terlibat? Adakah ia rundingan terus ke? Adakah you ada campur tangan?
- “Ini adalah soalan-soalan yang walaupun tak ditanya pun (oleh saya) mesti rakyat ada di fikiran dia… jadi ia baik untuk you apabila saya ajukan soalan begitu dan you menjawabnya kerana sekurang-kurangnya akan menjelaskan keraguan yang timbul.
- “Tapi tidak dia pergi block (sekat) dia block semua tempat so akhirnya apa berlaku adalah ini jawapan saya terimalah sebab dia (SKMM) tulis sulit saya tak mau share tapi saya akan buat selepas ini saya akan hantar notis yang lebih kurang sama kepada Facebook sebab saya rasa apa yang cuba dikatakan SKMM ialah kita hanya refer Facebook…Meta yang buat keputusan untuk turunkan atau sekat hang punya post tu,” katanya menerusi klip video di Youtube KiniTV pada Jumaat.
- Shamsher berkata Facebook bagaimanapun menafikan sekatan dibuat pihaknya atas penilaian pihak mereka, sebaliknya ia dilakukan susulan menerima ‘legal request’ atau arahan undang-undang yang perlu dipatuhi.
KUALA LUMPUR — Seorang peguam akan memfailkan semakan kehakiman ke atas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mendakwa hantaran Facebooknya mengenai isu pemberian kontrak Kerajaan Selangor kepada syarikat suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh disekat agensi itu.
Shamsher Singh Thind berkata SKMM dalam maklum balas agensi itu terhadap surat tuntutannya memaklumkan hantaran beliau telah menyebabkan wujudnya kenyataan-kenyataan bersifat menghina dengan niat untuk mengganggu dan membuli Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu di alam siber.
SKMM juga dilapor memaklumkan hantaran Shamsher telah mencetuskan komen-komen dari pengguna lain yang bersifat menghina, menyinggung perasaan, sumbang dan jelik.
“Apa saya tanya Hannah Yeoh? Saya tanya isu tender terbuka, kenapa suami you (Hannah) terlibat? Adakah ia rundingan terus ke? Adakah you ada campur tangan?
“Ini adalah soalan-soalan yang walaupun tak ditanya pun (oleh saya) mesti rakyat ada di fikiran dia… jadi ia baik untuk you apabila saya ajukan soalan begitu dan you menjawabnya kerana sekurang-kurangnya akan menjelaskan keraguan yang timbul.
“Tapi tidak dia pergi block (sekat) dia block semua tempat so akhirnya apa berlaku adalah ini jawapan saya terimalah sebab dia (SKMM) tulis sulit saya tak mau share tapi saya akan buat selepas ini saya akan hantar notis yang lebih kurang sama kepada Facebook sebab saya rasa apa yang cuba dikatakan SKMM ialah kita hanya refer Facebook…Meta yang buat keputusan untuk turunkan atau sekat hang punya post tu,” katanya menerusi klip video di Youtube KiniTV pada Jumaat.
Shamsher berkata Facebook bagaimanapun menafikan sekatan dibuat pihaknya atas penilaian pihak mereka, sebaliknya ia dilakukan susulan menerima ‘legal request’ atau arahan undang-undang yang perlu dipatuhi.
“Tak apalah sekarang senang sahaja kalau Facebook setuju untuk memberi keterangan dan menjadi saksi saya (di mahkamah).
“Saya akan failkan satu semakan kehakiman terhadap SKMM sahaja kalau tidak dua-dua saya akan tarik ke mahkamah,” katanya.
Difahamkan, beliau antara individu yang menyertai kumpulan protes senyap di luar SKMM bagi membantah cubaan kerajaan menyekat pengkritik dalam talian.
Kumpulan itu dilihat mengenakan pakaian hitam dan mengangkat kertas yang memaparkan tulisan seperti “Jangan Cabul Hak Bersuara Rakyat” dan “Hentikan Salah Guna Kuasa SKMM”.
Pada 4 Jun lalu, Shamsher dilaporkan mendakwa salah satu hantaran Facebooknya mengenai isu Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) disekat atas permintaan SKMM.
Beliau turut mempersoalkan sama ada Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching terlibat atau tidak dalam perkara itu kerana Nie Ching dikatakan mempertahankan Hannah daripada dakwaan nepotisme dalam Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) membabitkan syarikat yang dikaitkan dengan suami beliau.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2022 dilaporkan menegaskan proses tata kelola kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi berlaku kelulusan perolehan tanpa tender.
Beliau berkata kerajaan pimpinannya tidak lagi boleh mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.
Katanya, sewaktu menerajui Kementerian Kewangan, beliau telah memberi arahan untuk tidak membenarkan ahli keluarga atau rakan terdekat mendapat kepentingan dalam projek berkaitan kerajaan. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
View this post on Instagram