Connect with us

Terkini

Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan – Teo

Desakan bekas pemimpin DAP Pulau Pinang P. Ramasamy supaya Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh meletak jawatan berhubung isu pemberian kontrak kerajaan negeri Selangor kepada suaminya adalah bersifat tidak adil.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching (kiri) & Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (kanan).
  • Desakan bekas pemimpin DAP Pulau Pinang P. Ramasamy supaya Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh meletak jawatan berhubung isu pemberian kontrak kerajaan negeri Selangor kepada suaminya adalah bersifat tidak adil.
  • Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching berkata tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang selama 15 tahun di bawah kerajaan negeri DAP itu jelas menunjukkan sikap berpura-puranya selepas keluar daripada parti itu.
  • Beliau mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
  • “Sekiranya siasatan yang dijalankan membuktikan bahawa ada salah guna kuasa, saya percaya bahawa beliau (Hannah) akan tertakluk kepada tahap penyiasatan yang sama.
  • “… saya rasa beliau akan berkerjasama dengan sebarang bentuk siasatan tetapi soalan sama ada beliau wajar untuk letak jawatan, saya fikir ia terlalu awal,” katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR – Desakan bekas pemimpin DAP Pulau Pinang P. Ramasamy supaya Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh meletak jawatan berhubung isu pemberian kontrak kerajaan negeri Selangor kepada suaminya adalah bersifat tidak adil.

Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching berkata tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang selama 15 tahun di bawah kerajaan negeri DAP itu jelas menunjukkan sikap berpura-puranya selepas keluar daripada parti itu.

Beliau mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.

Teo yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan berkata demikian bagi menjawab gesaan Ramasamy supaya Hannah meletak jawatan atas dakwaan kontrak projek rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh kerajaan negeri Selangor diberikan kepada syarikat suaminya secara rundingan terus.

“Sekiranya siasatan yang dijalankan membuktikan bahawa ada salah guna kuasa, saya percaya bahawa beliau (Hannah) akan tertakluk kepada tahap penyiasatan yang sama.

“… saya rasa beliau akan berkerjasama dengan sebarang bentuk siasatan tetapi soalan sama ada beliau wajar untuk letak jawatan, saya fikir ia terlalu awal,”katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

“Adakah Ramasamy ketika itu meminta Lim Guan Eng (LGE) meletak jawatan dan kenapa dia tukar pendirian sekarang?.

“Adakah kerana LGE ketika Setiausaha Agung dan Ramasamy tidak mahu serang dia atau pun masa itu (Ramasamy) dalam DAP tidak boleh serang dan kini apabila sudah keluar DAP, dia hendak jadi malaikat?,” katanya.

Kelmarin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan ia sudah melakukan siasatan interim berhubung isu pemberian kontrak tersebut namun tidak menemukan sebarang kesalahan dan tiada kes dalam isu tersebut.

Asia Mobility Technologies Sdn Bhd, yang merupakan syarikat milik suami Hannah, ialah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek perintis DRT bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pengangkutan awam dan mobiliti di Selangor.

Sementara itu dalam sidang media sama, Teo melancarkan program HERLEAD oleh Wanita DAP iaitu program pendidikan politik yang direka bagi memperkasa dan melengkapkan wanita parti itu dengan kemahiran serta pengetahuan diperlukan untuk menjadi pemimpin politik berpengaruh.

“(Kebanyakan) parti politik memberikan alasan adalah tidak mempunyai calon (wanita) yang mencukupi, program HERLEAD ini adalah direka untuk mengatasi masalah ini.

Program pertama HERLEAD bakal berlangsung pada 22 dan 23 Jun di Kuala Lumpur dan mereka yang berminat boleh mendaftar bermula semalam di pautan https://forms.gle/xqFxKyCW5ZbMdER77. — BERNAMA

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending