Connect with us

Terkini

(VIDEO) Didakwa punca Hannah Yeoh ‘dibuli’, Peguam ‘heret’ SKMM ke mahkamah selepas hantaran FB disekat

Seorang peguam akan memfailkan semakan kehakiman ke atas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mendakwa hantaran Facebooknya mengenai isu pemberian kontrak Kerajaan Selangor kepada syarikat suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh disekat agensi itu.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Shamsher Singh Thind (kiri) & Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (kanan).
  • Seorang peguam akan memfailkan semakan kehakiman ke atas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mendakwa hantaran Facebooknya mengenai isu pemberian kontrak Kerajaan Selangor kepada syarikat suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh disekat agensi itu.
  • Shamsher Singh Thind berkata SKMM dalam maklum balas agensi itu terhadap surat tuntutannya memaklumkan hantaran beliau telah menyebabkan wujudnya kenyataan-kenyataan bersifat menghina dengan niat untuk mengganggu dan membuli Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu di alam siber.
  • “Apa saya tanya Hannah Yeoh? Saya tanya isu tender terbuka, kenapa suami you (Hannah) terlibat? Adakah ia rundingan terus ke? Adakah you ada campur tangan? 
  • “Ini adalah soalan-soalan yang walaupun tak ditanya pun (oleh saya) mesti rakyat ada di fikiran dia… jadi ia baik untuk you apabila saya ajukan soalan begitu dan you menjawabnya kerana sekurang-kurangnya akan menjelaskan keraguan yang timbul.
  • “Tapi tidak dia pergi block (sekat) dia block semua tempat so akhirnya apa berlaku adalah ini jawapan saya terimalah sebab dia (SKMM) tulis sulit saya tak mau share tapi saya akan buat selepas ini saya akan hantar notis yang lebih kurang sama kepada Facebook sebab saya rasa apa yang cuba dikatakan SKMM ialah kita hanya refer Facebook…Meta yang buat keputusan untuk turunkan atau sekat hang punya post tu,” katanya menerusi klip video di Youtube KiniTV pada Jumaat.
  • Shamsher berkata Facebook bagaimanapun menafikan sekatan dibuat pihaknya atas penilaian pihak mereka, sebaliknya ia dilakukan susulan menerima ‘legal request’ atau arahan undang-undang yang perlu dipatuhi.

KUALA LUMPUR — Seorang peguam akan memfailkan semakan kehakiman ke atas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mendakwa hantaran Facebooknya mengenai isu pemberian kontrak Kerajaan Selangor kepada syarikat suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh disekat agensi itu.

Shamsher Singh Thind berkata SKMM dalam maklum balas agensi itu terhadap surat tuntutannya memaklumkan hantaran beliau telah menyebabkan wujudnya kenyataan-kenyataan bersifat menghina dengan niat untuk mengganggu dan membuli Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu di alam siber.

SKMM juga dilapor memaklumkan hantaran Shamsher telah mencetuskan komen-komen dari pengguna lain yang bersifat menghina, menyinggung perasaan, sumbang dan jelik.

“Apa saya tanya Hannah Yeoh? Saya tanya isu tender terbuka, kenapa suami you (Hannah) terlibat? Adakah ia rundingan terus ke? Adakah you ada campur tangan? 

“Ini adalah soalan-soalan yang walaupun tak ditanya pun (oleh saya) mesti rakyat ada di fikiran dia… jadi ia baik untuk you apabila saya ajukan soalan begitu dan you menjawabnya kerana sekurang-kurangnya akan menjelaskan keraguan yang timbul.

“Tapi tidak dia pergi block (sekat) dia block semua tempat so akhirnya apa berlaku adalah ini jawapan saya terimalah sebab dia (SKMM) tulis sulit saya tak mau share tapi saya akan buat selepas ini saya akan hantar notis yang lebih kurang sama kepada Facebook sebab saya rasa apa yang cuba dikatakan SKMM ialah kita hanya refer Facebook…Meta yang buat keputusan untuk turunkan atau sekat hang punya post tu,” katanya menerusi klip video di Youtube KiniTV pada Jumaat.

Shamsher berkata Facebook bagaimanapun menafikan sekatan dibuat pihaknya atas penilaian pihak mereka, sebaliknya ia dilakukan susulan menerima ‘legal request’ atau arahan undang-undang yang perlu dipatuhi.

“Tak apalah sekarang senang sahaja kalau Facebook setuju untuk memberi keterangan dan menjadi saksi saya (di mahkamah). 

“Saya akan failkan satu semakan kehakiman terhadap SKMM sahaja kalau tidak dua-dua saya akan tarik ke mahkamah,” katanya.

Difahamkan, beliau antara individu yang menyertai kumpulan protes senyap di luar SKMM bagi membantah cubaan kerajaan menyekat pengkritik dalam talian.

Kumpulan itu dilihat mengenakan pakaian hitam dan mengangkat kertas yang memaparkan tulisan seperti “Jangan Cabul Hak Bersuara Rakyat” dan “Hentikan Salah Guna Kuasa SKMM”.

Pada 4 Jun lalu, Shamsher dilaporkan mendakwa salah satu hantaran Facebooknya mengenai isu Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) disekat atas permintaan SKMM.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching terlibat atau tidak dalam perkara itu kerana Nie Ching dikatakan mempertahankan Hannah daripada dakwaan nepotisme dalam Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) membabitkan syarikat yang dikaitkan dengan suami beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2022 dilaporkan menegaskan proses tata kelola kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi berlaku kelulusan perolehan tanpa tender.

Beliau berkata kerajaan pimpinannya tidak lagi boleh mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.

Katanya, sewaktu menerajui Kementerian Kewangan, beliau telah memberi arahan untuk tidak membenarkan ahli keluarga atau rakan terdekat mendapat kepentingan dalam projek berkaitan kerajaan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending