Terkini
Tidak perlu kod etika wartawan baru – A Kadir Jasin
Tokoh Wartawan Negara ke-9 menyifatkan Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan Menteri Komunikasi semalam sebagai sesuatu yang tidak diperlukan.
- “… Saya sudah jadi pemberita 54 tahun. Etika kewartawanan wujud lama sebelum itu. Saya tidak fikir saya memerlukan satu etika baru,” kata Datuk A Kadir Jasin menerusi hantaran di Facebook pada Selasa bagi menjawab kepada seseorang pada minggu lalu yang menunjukkan draf kod etika wartawan oleh Kementerian Komunikasi kepadanya dan meminta pandangan beliau mengenainya.
- Beliau yang 54 tahun menjadi wartawan mengingatkan kita menjadi wartawan berpuluh-puluh tahun lamanya, namun menteri penerangan tidak begitu dan berubah-ubah.
- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebelum ini, dilaporkan berkata beliau tidak pernah kompromi berkenaan kebebasan media kerana itu merupakan hak dan kebebasan yang wajib diberikan kepada media bagi negara demokrasi.
- “Saya yakin, melalui Kod Etika baharu ini, kita mampu mengangkat kualiti kewartawanan di Malaysia sekaligus meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap media,” katanya susulan pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia yang baharu, semalam.
KUALA LUMPUR — Tokoh Wartawan Negara ke-9 menyifatkan Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan Menteri Komunikasi semalam sebagai sesuatu yang tidak diperlukan.
Datuk A Kadir Jasin berkata beliau sudah menjadi pemberita selama 54 tahun dan etika kewartawanan pula wujud lebih lama daripada itu.
“… Saya sudah jadi pemberita 54 tahun. Etika kewartawanan wujud lama sebelum itu.
“Saya tidak fikir saya memerlukan satu etika baru,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa bagi menjawab kepada seseorang yang pada minggu lalu, menunjukkan draf kod etika berkenaan kepadanya dan meminta pandangan beliau mengenainya.
Bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd itu, bagaimanapun menolak untuk mengulas berkenaan kod etika tersebut.
Sebaliknya, beliau yang 54 tahun menjadi wartawan mengingatkan kita menjadi wartawan berpuluh-puluh tahun lamanya, namun menteri penerangan tidak begitu dan berubah-ubah.
“Berkenaan pengalaman 54 tahun saya yang “patut dikongsi untuk manfaat generasi wartawan muda”, salah satu daripadanya ialah kita jadi wartawan berpuluh-puluh tahun lamanya tetapi Menteri Penerangan datang dan pergi,” kata A Kadir.
Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata beliau tidak pernah kompromi berkenaan kebebasan media kerana itu merupakan hak dan kebebasan yang wajib diberikan kepada media bagi negara demokrasi.
“Saya yakin, melalui Kod Etika baharu ini, kita mampu mengangkat kualiti kewartawanan di Malaysia sekaligus meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap media,” katanya susulan pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia yang baharu, semalam.
Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) dilaporkan sebagai berkata, kod etika berkenaan menggarap lapan etika utama iaitu wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk, telus, berintegriti dan adil dalam menyampaikan informasi.
Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi, kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.
Selain itu, wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi berkaitan ruang lingkup tugas mereka dan memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan. — The Merdeka Times