Connect with us

Terkini

Kod Etika Wartawan Malaysia: Fahmi tidak kompromi soal kebebasan media

“Saya tidak pernah kompromi soal kebebasan media. Itu hak dan kebebasan yang wajib diberi kepada media di dalam sebuah negara demokrasi,” kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil susulan pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia yang baharu, hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
  • “Saya tidak pernah kompromi soal kebebasan media. Itu hak dan kebebasan yang wajib diberi kepada media di dalam sebuah negara demokrasi,” kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil susulan pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia yang baharu, hari ini.
  • Fahmi berkata kerana itu dalam merangka Kod Etika Wartawan Malaysia yang baharu, beliau memanggil wakil wartawan dan organisasi media untuk turut serta.
  • Beliau berkata pihaknya juga membuat perbandingan berkenaan etika kewartawanan beberapa negara di Asia seperti Singapura, India, Indonesia, Thailand, Jepun dan Korea Selatan bagi memastikan solusi terbaik yang dipilih.
  • “Saya yakin, melalui Kod Etika baharu ini, kita mampu mengangkat kualiti kewartawanan di Malaysia sekaligus meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap media,” katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini.

KUALA LUMPUR — “Saya tidak pernah kompromi soal kebebasan media. Itu hak dan kebebasan yang wajib diberi kepada media di dalam sebuah negara demokrasi,” kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil susulan pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia yang baharu, hari ini.

Fahmi berkata kerana itu dalam merangka Kod Etika Wartawan Malaysia yang baharu, beliau memanggil wakil wartawan dan organisasi media untuk turut serta.

Beliau berkata pihaknya juga membuat perbandingan berkenaan etika kewartawanan beberapa negara di Asia seperti Singapura, India, Indonesia, Thailand, Jepun dan Korea Selatan bagi memastikan solusi terbaik yang dipilih.

“Kali terakhir Kod Etika untuk wartawan digubal adalah pada tahun 1989. Ini bermakna, akta sedia ada tidak merangkumi aspek laporan dalam talian.

“Selepas 35 tahun menggunakan Kod Etika lama, hari ini saya melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia yang baharu.

“Saya yakin, melalui Kod Etika baharu ini, kita mampu mengangkat kualiti kewartawanan di Malaysia sekaligus meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap media,” katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini.

JaPen dalam kenyataan sempena pelancaran hari ini dilaporkan berkata, kod etika berkenaan menggarap lapan etika utama iaitu wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk, wartawan hendaklah telus dan berintegriti dan wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi.

Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi, kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber. 

Selain itu, wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending