Terkini
WHO minta akses penuh bantuan perubatan, bahan api ke Gaza
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu menyeru supaya Semenanjung Gaza diberikan akses penuh kepada bantuan perubatan dan bahan api.
- Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu menyeru supaya Semenanjung Gaza diberikan akses penuh kepada bantuan perubatan dan bahan api.
- “Saya menggesa dan saya merayu untuk akses penuh bagi bantuan perubatan dan bahan api sekarang! Semakin lama kita tunggu, semakin terancam nyawa mereka,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Tedros di platform X.
GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu menyeru supaya Semenanjung Gaza diberikan akses penuh kepada bantuan perubatan dan bahan api.
“Saya menggesa dan saya merayu untuk akses penuh bagi bantuan perubatan dan bahan api SEKARANG! Semakin lama kita tunggu, semakin terancam nyawa mereka,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Tedros di platform X.
Turkish-Palestinian Friendship Hospital, iaitu satu-satunya hospital awam yang merawat pesakit kanser di Semenanjung Gaza tidak lagi beroperasi susulan serangan Israel dan kekurangan bahan api, menurut Doctors Without Borders (MSF) di platform X pada Rabu.
“Setakat hari ini, hospital itu tidak lagi beroperasi akibat kekurangan bahan api dan beberapa serangan telah menjejaskan kemudahan itu.
“Ia adalah satu-satunya hospital awam bagi pesakit kanser di Semenanjung Gaza, dan kini berpuluh-puluh pesakit kanser berada dalam risiko serius,” menurut MSF.
Israel terus menyekat kemasukan bahan api ke Gaza, yang menjadi sumber penting bagi memastikan hospital terus beroperasi.
Hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan turut diserang semasa “serangan” ini.
Tentera Israel telah memperhebat serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza, hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 8,796 rakyat Palestin maut manakala lebih 22,000 lagi cedera sejak 7 Okt. — BERNAMA
Sumber: Astro Awani