Connect with us

Antarabangsa

Hamas seru media tumpu liputan tentang wilayah utara Gaza

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Logo: Kumpulan penentangan Palestin, Hamas
  • Hamas pada Khamis menyeru wartawan dan media untuk terus menumpukan perhatian kepada perkembangan di utara Gaza dengan menekankan perlunya peningkatan usaha dalam melaporkan tragedi kemanusiaan semakin meruncing di wilayah konflik itu.
  • Kumpulan penentangan Palestin itu dalam kenyataan bahasa Arab yang dipetik Dunia Palestin, menyatakan penduduk awam tidak bersalah kini berhadapan dengan pelbagai bentuk kekejaman, termasuk pembunuhan beramai-ramai, pemindahan paksa dan dasar pengguguran makanan yang tidak berperikemanusiaan rejim zionis Israel.
  • “Kami menyeru kepada semua pihak dalam bidang kewartawanan dan media agar menggandakan usaha untuk melaporkan situasi di utara Gaza. Penting untuk dunia mengetahui skala jenayah perang dan krisis kemanusiaan yang sedang berlaku,” kata kenyataan Hamas.

Hamas pada Khamis menyeru wartawan dan media untuk terus menumpukan perhatian kepada perkembangan di utara Gaza dengan menekankan perlunya peningkatan usaha dalam melaporkan tragedi kemanusiaan semakin meruncing di wilayah konflik itu.

Kumpulan penentangan Palestin itu dalam kenyataan bahasa Arab yang dipetik Dunia Palestin, menyatakan penduduk awam tidak bersalah kini berhadapan dengan pelbagai bentuk kekejaman, termasuk pembunuhan beramai-ramai, pemindahan paksa dan dasar pengguguran makanan yang tidak berperikemanusiaan rejim zionis Israel.

“Kami menyeru kepada semua pihak dalam bidang kewartawanan dan media agar menggandakan usaha untuk melaporkan situasi di utara Gaza. Penting untuk dunia mengetahui skala jenayah perang dan krisis kemanusiaan yang sedang berlaku,” kata kenyataan Hamas.

Seruan kepada media itu dibuat ketika Gaza memasuki bulan kedua krisis yang semakin buruk, dengan laporan menunjukkan peningkatan jumlah korban jiwa dan keadaan hidup semakin parah akibat sekatan berterusan.

Kenyataan itu turut mengingatkan tentang tanggungjawab moral media dalam menyampaikan kebenaran di sebalik penderitaan rakyat Palestin di Gaza kepada masyarakat antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *