Antarabangsa
Tidak kutuk serangan Hamas, Duta Israel berang terhadap UNSC
Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memakai lencana kuning pada bahagian kiri bajunya sebagai tanda protes terhadap keengganan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengutuk serangan Hamas di Israel.

- Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memakai lencana kuning pada bahagian kiri bajunya sebagai tanda protes terhadap keengganan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengutuk serangan Hamas di Israel.
- Gilad Erdan berkata, beliau akan memakai lencana itu sehinggalah UNSC ‘mengiktiraf serangan Hamas sebagai keganasan’.
- “Sesetengah daripada anda tidak belajar apa-apa dalam tempoh 80 tahun lalu. Sesetengah daripada anda sudah lupa kenapa UNSC ini ditubuhkan.
- “Kenapa sehingga kini UNSC masih berdiam diri terhadap serangan yang dilakukan Hamas di Israel pada 7 Oktober lalu?,” soalnya.
- Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat lalu mengundi untuk melaksanakan gencatan senjata dan tidak menyatakan Hamas sebagai pengganas.
- Resolusi itu dibantah oleh AS dan 12 negara lain termasuk Israel.
NEW YORK: Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memakai lencana kuning pada bahagian kiri bajunya sebagai tanda protes terhadap keengganan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengutuk serangan Hamas di Israel pada 7 Oktober lalu.
Gilad Erdan berkata, beliau akan memakai lencana itu sehinggalah UNSC ‘mengiktiraf serangan Hamas sebagai keganasan’.
“Sesetengah daripada anda tidak belajar apa-apa dalam tempoh 80 tahun lalu. Sesetengah daripada anda sudah lupa kenapa UNSC ini ditubuhkan.
“Kenapa sehingga kini UNSC masih berdiam diri terhadap serangan yang dilakukan Hamas di Israel pada 7 Oktober lalu?,” soalnya.
Sehingga kini, 15 negara anggota dalam UNSC masih belum mencapai sebarang resolusi berhubung konflik Palestin-Israel.
“Jadi, saya akan ingatkan anda semua. Bermula saat ini, setiap kali anda melihat saya, anda akan ingat apa itu mendiamkan diri mengenai perkara jahat.
“Pasukan saya dan saya sendiri akan terus pakai lencana kuning ini sehingga UNSC ‘sedar dan tahu’ apa yang dilakukan Hamas itu adalah serangan pengganas,” kata Erdan.
Sebelum ini, penduduk Yahudi dipaksa oleh Nazi untuk memakai lencana kuning sebagai sokongan kepada pertubuhan tersebut.
Namun, Erdan menyifatkan lencana kuning itu ketika ini dilihat sebagai ‘simbol kebanggaan’.
Selama empat minggu UNSC tidak dapat mencapai kata putus mengenai konflik yang berlaku.
Ada cadangan yang dibantah oleh Amerika Syarikat (AS) yang merupakan sekutu kuat Israel hanya kerana cadangan itu tidak menyatakan hak Zionis untuk mempertahankan diri.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat lalu mengundi untuk melaksanakan gencatan senjata dan tidak menyatakan Hamas sebagai pengganas.
Resolusi itu dibantah oleh AS dan 12 negara lain termasuk Israel.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas