Connect with us

Terkini

Boikot secara bijak, Jangan maki hamun pekerja syarikat terlibat dengan zionis Israel

Masyarakat perlu melaksanakan kempen boikot ekonomi melawan zionis Israel secara bijak dan berhikmah serta tidak bertindak ekstrem seperti memaki hamun pekerja di syarikat yang terlibat memandangkan mereka sekadar mencari rezeki.

Hidayah Sani

Published

on

Boikot secara bijak, Jangan maki hamun pekerja syarikat terlibat dengan zionis Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Masyarakat perlu melaksanakan kempen boikot ekonomi melawan zionis Israel secara bijak dan berhikmah serta tidak bertindak ekstrem seperti memaki hamun pekerja di syarikat yang terlibat memandangkan mereka sekadar mencari rezeki.
  • Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) berkata tindakan ekstrem atau melulu itu juga termasuk merosakkan infrastruktur atau mengambil gambar pelanggan yang sedang makan dan menularkannya ke media sosial dengan tujuan menjatuhkan imej.
  • Menurutnya, garis panduan boikot itu amat wajar dipertimbangkan supaya usaha dilakukan benar-benar mencapai matlamat, berstrategi, tidak menyimpang objektif yang digariskan dan tidak menzalimi pihak tidak bersalah.
  • “Fokus matlamat kempen boikot adalah untuk menekan syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung agar menukar polisi mereka berkenaan Palestin dan Israel,” katanya dalam kenyataan ‘Bayan Linnas Siri Ke-281: Boikot Ekonomi Sebagai Strategi Melawan Zionis: Nasihat Dan Panduan’ yang diterbitkan di laman web rasmi pejabat mufti wilayah persekutuan, semalam.

KUALA LUMPUR —- Masyarakat perlu melaksanakan kempen boikot ekonomi melawan zionis Israel secara bijak dan berhikmah serta tidak bertindak ekstrem seperti memaki hamun pekerja di syarikat yang terlibat memandangkan mereka sekadar mencari rezeki.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) berkata tindakan ekstrem atau melulu itu juga termasuk merosakkan infrastruktur atau mengambil gambar pelanggan yang sedang makan dan menularkannya ke media sosial dengan tujuan menjatuhkan imej.

Menurutnya, garis panduan boikot itu amat wajar dipertimbangkan supaya usaha dilakukan benar-benar mencapai matlamat, berstrategi, tidak menyimpang objektif yang digariskan dan tidak menzalimi pihak tidak bersalah.

“Fokus matlamat kempen boikot adalah untuk menekan syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung agar menukar polisi mereka berkenaan Palestin dan Israel.

“Dalam melaksanakan boikot, sikap tabayyun dalam menerima maklumat adalah amat diperlukan, bagi memastikan syarikat yang ingin diboikot benar-benar ada penglibatan secara langsung dengan Israel. 

“Ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang kezaliman terhadap pihak yang tidak bersalah,” katanya dalam kenyataan ‘Bayan Linnas Siri Ke-281: Boikot Ekonomi Sebagai Strategi Melawan Zionis: Nasihat Dan Panduan’ yang diterbitkan di laman web rasmi pejabat mufti wilayah persekutuan, semalam.

Terdahulu, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar dilaporkan berkata ramai pekerja meluahkan kesedihan ekoran dikecam dan dicemuh, malah ketika mereka mengenakan uniform mempunyai lambang McDonald’s semasa menaiki bas ada individu lain mengatakan “eh Yahudi” kepada pekerja syarikat itu.

Advertisement

Mengulas lanjut, Pejabat Mufti WP berkata masyarakat juga perlu mengambil kira pengecualian dalam kes terpencil, contohnya terdapat pihak tidak mampu menjayakan keseluruhan boikot jenama-jenama berkenaan kerana kekangan tertentu.

Kekangan itu adalah seperti masalah kesihatan dan ubat yang diperlukan hanya dikeluarkan jenama tertentu sahaja atau anak hanya boleh minum susu jenama tertentu sahaja, jika ditukar akan menyebabkan masalah alahan dan sebagainya.

“Hukum pekerja yang bekerja di syarikat francais yang mereka membayar royalti kepada syarikat induk yang mungkin terlibat dengan menyumbang kepada negara haram Israel adalah harus dan gajinya adalah halal selagi syarikat yang mereka bekerja tidak membantu Israel secara langsung seperti memberi sumbangan atau lain-lain,” katanya.

Pejabat Mufti WP berkata walaupun usaha negara yang kecil seperti Malaysia di samping kempen boikot yang bermusim, namun ia perlu diteruskan mengikut kemampuan kerana sekecil apa pun ia pasti akan dinilai dan dilihat oleh Allah SWT. — The Merdeka Times

Sumber : Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending