Connect with us

Terkini

Terus boikot semua syarikat, produk sokong Israel – Duta Palestin

Seluruh dunia terutama negara-negara Islam perlu terus memboikot syarikat-syarikat yang menyumbang dan menyokong jenayah perang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Terus boikot semua syarikat, produk sokong Israel - Duta Palestin
Foto: Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.
  • Seluruh dunia terutama negara-negara Islam perlu terus memboikot syarikat-syarikat yang menyumbang dan menyokong jenayah perang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin.
  • Ini kerana syarikat-syarikat tersebut secara tidak langsung dan langsung menyumbang kepada tindakan kejam Israel terhadap Palestin iaitu genosid (genocide) atau pembunuhan beramai-ramai.
  • Masyarakat dunia perlu memastikan peristiwa Nakba yang berlaku pada tahun 1948 yang berlaku sebelum ini di Palestin tidak berulang pada era ini.
  • Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata, masyarakat dunia perlu bersatu dan memberi harapan kepada masyarakat Palestin bahawa kesengsaraan berterusan selama 75 tahun akibat dari kekejaman rejim Zionis akan dihentikan.
  • “Ini adalah tekanan yang dilakukan terhadap kerajaan Israel yang mengamalkan terrorism (keganasan) terhadap Palestin. Tindakan ini akan menyedarkan mereka bahawa jenayah yang dilakukan itu turut memberi kesan kepada ekonomi mereka juga,” katanya.

KUALA LUMPUR: Seluruh dunia terutama negara-negara Islam perlu terus memboikot syarikat-syarikat yang menyumbang dan menyokong jenayah perang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin.

Ini kerana syarikat-syarikat tersebut secara tidak langsung dan langsung menyumbang kepada tindakan kejam Israel terhadap Palestin iaitu genosid (genocide) atau pembunuhan beramai-ramai.

Masyarakat dunia perlu memastikan peristiwa Nakba yang berlaku pada tahun 1948 yang berlaku sebelum ini di Palestin tidak berulang pada era ini.

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata, masyarakat dunia perlu bersatu dan memberi harapan kepada masyarakat Palestin bahawa kesengsaraan berterusan selama 75 tahun akibat dari kekejaman rejim Zionis akan dihentikan.

Kata beliau, 70 peratus daripada jumlah mangsa dari serangan yang dilakukan oleh Israel adalah rakyat biasa yang tidak bersalah, namun rejim Zionis tetap enggan mengambil peduli dan tetap melakukan penjajahan.

“Apa sahaja langkah yang diambil untuk menyokong Palestin adalah amat dihargai termasuk tindakan memboikot apa sahaja produk Israel atau francais yang menyokong rejim Zionis telah meminimumkan kesengsaraan dihadapi oleh rakyat Palestin.

“Saya amat mengalu-alukan rakyat Malaysia, Palestin, negara-negara Arab, muslim dan semua yang percaya kepada hak manusia serta demokrasi untuk memboikot semua produk dan syarikat yang menyokong Israel,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Walid Abu berkata, sejak tiga minggu lalu masyarakat antarabangsa dapat melihat bagaimana kempen boikot yang dilakukan ke atas produk-produknya memberi kesan ekonomi kepada Israel. 

“Ini adalah tekanan yang dilakukan terhadap kerajaan Israel yang mengamalkan terrorism (keganasan) terhadap Palestin. Tindakan ini akan menyedarkan mereka bahawa jenayah yang dilakukan itu turut memberi kesan kepada ekonomi mereka juga,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan kesedaran mengenai kempen boikot tersebut dapat dipertingkatkan.

“Apabila kita pergi beli mana-mana produk daripada syarikat yang menyokong Israel, ia menandakan kita menyokong tentera rejim Zionis menembak dan membunuh rakyat Palestin tidak bersalah.

“Ini adalah apa yang perlu difahami oleh seluruh masyarakat Malaysia, kita perlu tingkatkan kesedaran mengenai perkara ini,” katanya.

Walid Abu berkata, sokongan Malaysia terhadap Palestin tidak akan boleh dipersoalkan kerana ia merupakan antara sokongan besar yang diterima sejak berdekad lamanya.

“(Saya percaya) Malaysia akan terus memberi sokongan kepada Palestin. Apa yang Israel sedang promosi sekarang hanyalah satu bentuk propaganda kerana ketika ini semua rakyat Palestin sudah bersatu.

“Malaysia boleh memainkan peranan meyakinkan komuniti antarabangsa supaya kesengsaraan dihadapi oleh rakyat Palestin dapat dinoktahkan. Kami amat memerlukan sokongan semua untuk hentikan kekejaman Israel.

“Kami memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan daripada Israel, sokongan Malaysia daripada segi politik dan ekonomi amat dihargai,” tambahnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending