Connect with us

Antarabangsa

Biden cadang berhenti sekejap, bukan gencatan senjata

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menggesa ‘jeda kemanusiaan’ iaitu pemberhentian sementara perang antara kumpulan Hamas dan Israel, kata pegawai kanan Rumah Putih pada Khamis lalu, lapor AFP.

Wartawan TMT

Published

on

Biden cadang berhenti sekejap, bukan gencatan senjata
Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menggesa ‘jeda kemanusiaan’ iaitu pemberhentian sementara perang antara kumpulan Hamas dan Israel, kata pegawai kanan Rumah Putih pada Khamis lalu, lapor AFP.
  • “Pemberhentian ini bersifat sementara, setempat dan tertumpu. Ia tertumpu pada objektif atau objektif-objektif tertentu supaya bantuan kemanusiaan dapat masuk (ke Gaza) dan membenarkan warga asing untuk keluar (dari Gaza),” katanya.
  • Rumah Putih sebelum ini menggesa ‘jeda kemanusiaan’ untuk membolehkan bantuan dihantar ke Gaza atau untuk melakukan pemindahan individu ke luar Gaza.

Washington:  menggesa ‘jeda kemanusiaan’ iaitu pemberhentian sementara perang antara kumpulan Hamas dan Israel, kata pegawai kanaPresiden Amerika Syarikat (AS) Joe Bidenn Rumah Putih pada Khamis lalu, lapor AFP.

Pada acara kempen pada hari Rabu, Biden selepas digesa oleh seorang penonton untuk menggesa gencatan senjata dalam perang itu, menjawab: “Saya rasa kita perlu berhenti sementara.”

Bercakap kepada pemberita, Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, John Kirby menjelaskan apa yang dimaksudkan Biden dengan berhenti sementara itu.

“Pemberhentian ini bersifat sementara, setempat dan tertumpu. Ia tertumpu pada objektif atau objektif-objektif tertentu supaya bantuan kemanusiaan dapat masuk (ke Gaza) dan membenarkan warga asing untuk keluar (dari Gaza),” katanya.

Beliau menambah: “Idea umum ialah dalam ruang geografi itu, untuk masa yang terhad itu, akan ada pemberhentian permusuhan, cukup untuk membenarkan apa sahaja yang anda cuba benarkan.”

Rumah Putih sebelum ini menggesa ‘jeda kemanusiaan’ untuk membolehkan bantuan dihantar ke Gaza atau untuk melakukan pemindahan individu ke luar Gaza.

Namun, Rumah Putih enggan membincangkan mengenai gencatan senjata kerana ia dikatakan akan memberi kelebihan kepada kumpulan Hamas.

Perang antara Israel dan Hamas kini memasuki minggu keempat atau hampir tempoh sebulan.

Berikutan serangan berdarah Hamas pada 7 Oktober, tentera Israel mengebom Semenanjung Gaza, dan melancarkan operasi darat yang semakin meluas ke wilayah itu.

Biden juga menjanjikan sokongan penuh dan meningkatkan bantuan ketenteraan kepada Israel untuk serangan balasnya di Gaza berikutan serangan Hamas.

Dalam pada itu, Agensi Anadolu pada Khamis lalu melaporkan sejumlah 335 pemegang pasport asing meninggalkan Semenanjung Gaza ke Mesir menerusi lintasan sempadan Rafah.

Ia dimaklumkan Wael Abu Mohsen, pengarah media lintasan sempadan Rafah dalam satu kenyataan pada Rabu.

Abu Mohsen sebelum itu memberitahu Agensi Anadolu bahawa 110 pemegang pasport asing melintas ke Mesir.

Beliau berkata, 76 penduduk Palestin yang cedera dibawa oleh 17 ambulans dari Gaza ke Mesir melalui lintasan berkenaan.

Jurucakap Palestin itu berkata, 51 trak sarat dengan bantuan kemanusiaan bergerak ke Gaza melalui persimpangan Rafah pada Rabu lalu.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Waran tangkap Netanyahu, era pemimpin Israel bertindak sewenang-wenangnya berakhir – B’Tselem

B’Tselem, kumpulan hak asasi manusia Israel, mengalu-alukan tindakan Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memohon waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant (kiri) dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).
  • B’Tselem, kumpulan hak asasi manusia Israel, mengalu-alukan tindakan Pendakwa Raya ICC memohon waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant.
  • “Era impunity (melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya tanpa hukuman) bagi pembuat keputusan Israel sudah berakhir,” kata kumpulan hak asasi itu dalam satu kenyataan dipetik Al Jazeera hari ini.
  • “Komuniti antarabangsa memberi isyarat kepada Israel bahawa ia tidak lagi boleh mengekalkan dasar keganasan, pembunuhan dan pemusnahan tanpa akauntabiliti,” kata B’Tselem.
  • Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan semalam menyerahkan notis permohonan waran tangkap ke atas Netanyahu dan Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.

B’Tselem, kumpulan hak asasi manusia Israel, mengalu-alukan tindakan Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memohon waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant.

“Era impunity (melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya tanpa hukuman) bagi pembuat keputusan Israel sudah berakhir,” kata kumpulan hak asasi itu dalam satu kenyataan dipetik Al Jazeera hari ini.

“Komuniti antarabangsa memberi isyarat kepada Israel bahawa ia tidak lagi boleh mengekalkan dasar keganasan, pembunuhan dan pemusnahan tanpa akauntabiliti. 

“Begitu juga, permintaan untuk waran tangkap terhadap pemimpin Hamas bagi jenayah 7 Oktober tahun lalu adalah penting dan memberi garis merah di mana bahaya kepada orang awam berkenaan,” kata kumpulan itu.

B’Tselem berkata campur tangan ICC dan keputusan ICJ adalah peluang bagi warga Israel menyedari bahawa menegakkan rejim ketuanan, keganasan dan penindasan tentunya akan melibatkan jenayah dan pencabulan hak asasi manusia yang teruk. 

Ketua Pendakwa Raya ICC, Karim Khan semalam menyerahkan notis permohonan waran tangkap ke atas Netanyahu dan Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.

Turut disenaraikan dalam notis permohonan waran tangkap itu adalah pimpinan Hamas iaitu Yahya Sinwar, Mohammed Deif dan Ismail Haniyeh.

Agensi berita AP melaporkan permohonan itu susulan kedua-dua pihak terbabit dipercayai melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Gaza dan Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending