Connect with us

Terkini

Setiausaha Agung PBB kecam ‘hukuman kolektif’ ke atas rakyat Palestin

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata serangan pejuang Hamas ke atas Israel tidak mewajarkan ‘hukuman kolektif’ ke atas rakyat Palestin selain turut menggesa gencatan senjata disegerakan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Setiausaha Agung PBB kecam 'hukuman kolektif' ke atas rakyat Palestin
Foto: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.
  • Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata serangan pejuang Hamas ke atas Israel tidak mewajarkan ‘hukuman kolektif’ ke atas rakyat Palestin selain turut menggesa gencatan senjata disegerakan.
  • Bercakap di Forum Ekonomi di China, Guterres mengutuk serangan Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas Israel menyebabkan lebih 1,400 orang terkorban yang dikatakan sebagai ‘tindakan keganasan’ tidak boleh diterima.
  • “Bagaimanapun, serangan itu tidak boleh dijadikan sandaran untuk menjatuhkan hukuman secara kolektif terhadap rakyat Palestin,” katanya.

BEIJING: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata serangan pejuang Hamas ke atas Israel tidak mewajarkan ‘hukuman kolektif’ ke atas rakyat Palestin selain turut menggesa gencatan senjata disegerakan.

Bercakap di Forum Ekonomi di China, Guterres mengutuk serangan Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas Israel menyebabkan lebih 1,400 orang terkorban yang dikatakan sebagai ‘tindakan keganasan’ tidak boleh diterima.

“Bagaimanapun, serangan itu tidak boleh dijadikan sandaran untuk menjatuhkan hukuman secara kolektif terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Beliau merayu supaya gencatan senjata kemanusiaan dalam kadar segera susulan perang di antara Israel dan Hamas di Gaza, sekali gus mengulangi apa yang disebutnya ‘dua rayuan kemanusiaan segera’.

Guterres menggesa Hamas ‘membebaskan tebusan segera, tanpa syarat’, merujuk kepada sekurang-kurangnya 199 orang yang diculik oleh kumpulan itu ketika serangan yang menyebabkan paling banyak kematian dalam sejarah Israel.

Guterres juga menyeru Israel supaya membenarkan dalam kadar segera akses tanpa had bantuan kemanusiaan untuk menyalurkan keperluan paling asas kepada penduduk Gaza, yang majoritinya dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.

“Saya menyeru gencatan senjata kemanusiaan segera untuk menyediakan masa dan ruang yang mencukupi bagi membantu merealisasikan dua rayuan ini, sekali gus meringankan penderitaan manusia paling epik yang kita saksikan ketika ini,” katanya.

Guterres turut berkata, dia sedar mengenai keperitan rakyat Palestin selepas 56 tahun pendudukan Israel.

“Walaupun rungutan ini satu perkara serius, mereka tidak boleh membenarkan tindakan keganasan yang dilakukan Hamas pada 7 Oktober lalu,” katanya. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *