Connect with us

Antarabangsa

Perang Palestin-Israel: Hampir 500 petugas perubatan terbunuh – WHO

Sekurang-kurangnya 491 orang yang bertugas dalam sektor perubatan dilaporkan terbunuh, manakala 372 lagi cedera dalam perang antara Palestin-Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata kenyataan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Wartawan TMT

Published

on

 Perang Palestin-Israel: Hampir 500 petugas perubatan terbunuh - WHO
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 491 orang yang bertugas dalam sektor perubatan dilaporkan terbunuh, manakala 372 lagi cedera dalam perang antara Palestin-Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata kenyataan yang dikeluarkan WHO.
  • Dalam perang berkenaan yang memasuki hari ke-24 itu, sebanyak 82 serangan dilakukan ke atas kemudahan perubatan di wilayah bergolak itu.
  • 28 ambulans rosak, manakala 36 pusat perubatan terkesan teruk, tegas kenyataan itu lagi.

GAZA: Sekurang-kurangnya 491 orang yang bertugas dalam sektor perubatan dilaporkan terbunuh, manakala 372 lagi cedera dalam perang antara Palestin-Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata kenyataan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut WHO, daripada jumlah kematian itu, sekurang-kurangnya 16 petugas kesihatan meninggal dunia dan 30 lagi cedera ketika sedang bertugas.

Dalam perang berkenaan yang memasuki hari ke-24 itu juga, sebanyak 82 serangan dilakukan ke atas kemudahan perubatan di wilayah bergolak itu.

Semenjak serangan dimulakan oleh Hamas pada 7 Oktober lalu, sebanyak 28 ambulans mengalami kerosakan, manakala 36 pusat perubatan terkesan teruk, tegas kenyataan itu lagi.

Menjelas lanjut, kata WHO, 118 serangan lain ke atas sektor perubatan di Tebing Barat dan Timur Jerusalem direkodkan yang mengakibatkan tiga kematian dan menyebabkan 15 kakitangan perubatan cedera semasa bertugas. – Agensi

Sumber: Astro Awani

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending