Terkini
Penguasaan Bahasa Melayu tidak boleh dikompromi – Penganalisis
Penguasaan Bahasa Melayu adalah satu perkara yang tidak boleh dikompromi, malah sewajarnya dipertahankan dengan lebih kuat demi meletakkan imej Malaysia berasaskan prinsip Rukun Negara.

- Penguasaan Bahasa Melayu adalah satu perkara yang tidak boleh dikompromi, malah sewajarnya dipertahankan dengan lebih kuat demi meletakkan imej Malaysia berasaskan prinsip Rukun Negara.
- Penganalisis Keselamatan dan Politik di Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, UiTM, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, ini kerana ia jelas menunjukkan satu nilai dalam memastikan keseragaman masyarakat Malaysia untuk menguasai satu kesaksamaan, serta meningkatkan semangat patriotisme secara bersama.
- “…Adalah satu daripada perkara normal dalam elemen kenegaraan di mana-mana negara pun untuk memastikan setiap masyarakat mampu menguasai bahasa tempatan dengan baik,” katanya.
- Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat semalam, bahawa ujian penguasaan Bahasa Melayu dikenal pasti sebagai antara punca kebanyakan pemohon warga emas gagal bagi permohonan taraf warganegara Malaysia.
- “Kadangkala apabila kita mula memberikan satu bentuk kelonggaran dalam sistem peradaban dan ketamadunan asas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kita seolah-olah meletakkan negara ini mundur ke belakang dari segi konteks pemikiran patriotisme, kesepaduan dan perpaduan masyarakat,” katanya.
Kuala Lumpur: Penguasaan Bahasa Melayu adalah satu perkara yang tidak boleh dikompromi, malah sewajarnya dipertahankan dengan lebih kuat demi meletakkan imej Malaysia berasaskan prinsip Rukun Negara.
Penganalisis Keselamatan dan Politik di Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, ini kerana ia jelas menunjukkan satu nilai dalam memastikan keseragaman masyarakat Malaysia untuk menguasai satu kesaksamaan, serta meningkatkan semangat patriotisme secara bersama.
“…Adalah satu daripada perkara normal dalam elemen kenegaraan di mana-mana negara pun untuk memastikan setiap masyarakat mampu menguasai bahasa tempatan dengan baik.
“Ia juga menunjukkan kepentingan untuk mendokong mesej, matlamat dan representasi kita sebagai rakyat Malaysia.
“Ia hanya boleh dilakukan dengan lebih baik apabila seluruh rakyat Malaysia mampu menguasai satu bahasa yang cukup bersama dan cukup sepadan iaitu bahasa rasmi kita Bahasa Melayu,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat semalam, bahawa ujian penguasaan Bahasa Melayu dikenal pasti sebagai antara punca kebanyakan pemohon warga emas gagal bagi permohonan taraf warganegara Malaysia.
Saifuddin Nasution dilaporkan berkata ini kerana ujian itu menjadi syarat bagi permohonan berkenaan.
Mengulas lanjut, Noor Nirwandy berkata jika dilihat negara lain seperti di Indonesia, kemahiran menguasai pertuturan bahasa kebangsaan mereka adalah satu perkara yang paling utama.
“Elemen penguasaan bahasa sudah menjadikan satu bentuk perpaduan, kesinambungan dan imej masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama.
“Dalam perkara seperti ini, ia perkara yang perlu diberi perhatian, malah perlu mengambil serius.
“Kadangkala apabila kita mula memberikan satu bentuk kelonggaran dalam sistem peradaban dan ketamadunan asas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kita seolah-olah meletakkan negara ini mundur ke belakang dari segi konteks pemikiran patriotisme, kesepaduan dan perpaduan masyarakat,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, perkara ini tidak perlu diletakkan sebagai satu perdebatan politik pelbagai kaum, agama dan bangsa masyarakat dalam negara kerana ia memang satu faktor yang perlu terus dipertahankan.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS