Terkini
Lebih 20 papan tanda ‘lacur’ bahasa Melayu, Majlis Perbandaran Manjung akan keluar kenyataan
- Majlis Perbandaran Manjung (MPM) akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung isu pelacuran bahasa Melayu pada papan tanda premis dan iklan yang didakwa berlaku di Ayer Tawar, Perak.
- Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai dari Jabatan Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam, Bahagian Pengurusan Media dan Publisiti ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) pagi ini bagi mendapatkan maklum balas berkenaan isu terbabit.
KUALA LUMPUR — Majlis Perbandaran Manjung (MPM) akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung isu pelacuran bahasa Melayu pada papan tanda premis dan iklan yang didakwa berlaku di Ayer Tawar, Perak.
Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai dari Jabatan Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam, Bahagian Pengurusan Media dan Publisiti ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) pagi ini bagi mendapatkan maklum balas berkenaan isu terbabit.
Semalam, TMT melaporkan seorang pengguna Facebook, Randuk menggesa MPM mengambil tindakan tegas dan pantas berhubung isu pelacuran bahasa Melayu di papan tanda premis atau iklan yang berlaku di Ayer Tawar, Perak ketika ini.
Randuk membuat gesaan berkenaan selepas mengunjungi kawasan itu pada Jumaat lalu di mana dia turut menyertakan lebih 20 gambar memaparkan berlakunya ‘pelacuran’ bahasa Melayu di kawasan tersebut ke atas papan tanda premis atau iklan, termasuk melibatkan rumah ibadat bukan Islam.
Papan tanda atau iklan itu kebanyakan memaparkan penggunaan tulisan bahasa Cina, bahasa Inggeris dan Tamil tanpa menyertakan tulisan bahasa Melayu. — The Merdeka Times