Connect with us

Terkini

Gagal kuasai bahasa Melayu punca kebanyakan warga emas tidak dapat warganegara

Kebanyakan warga emas yang tidak mendapat warganegara kerana gagal melepasi ujian penguasaan bahasa Melayu.

Wartawan TMT

Published

on

Gagal kuasai bahasa Melayu punca kebanyakan warga emas tidak dapat warganegara
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan).
  • Kebanyakan warga emas yang tidak mendapat warganegara kerana gagal melepasi ujian penguasaan bahasa Melayu.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penguasaan bahasa rasmi merupakan standard umum di negara-negara asing.
  • “Penguasaan bahasa di negara-negara luar pun kita teliti, mereka menghendaki yang memohon boleh berbahasa rasmi iaitu bahasa pertuturan di negara berkenaan. Kalau markah tak lulus ialah satu markah, kalau lulus lapan markah.
  • “Sekarang ini, yang dua markah pun kadang-kadang saya luluskan, maknanya kalau hanya cakap terima kasih dan sama-sama, apa khabar dan khabar baik. Dia tak boleh buat ayat, sampai kita turunkan kayu ukur ke situ,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR: Kebanyakan warga emas yang tidak mendapat warganegara kerana gagal melepasi ujian penguasaan bahasa Melayu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penguasaan bahasa rasmi merupakan standard umum di negara-negara asing.

“Penguasaan bahasa di negara-negara luar pun kita teliti, mereka menghendaki yang memohon boleh berbahasa rasmi iaitu bahasa pertuturan di negara berkenaan. Kalau markah tak lulus ialah satu markah, kalau lulus lapan markah.

“Sekarang ini, yang dua markah pun kadang-kadang saya luluskan, maknanya kalau hanya cakap terima kasih dan sama-sama, apa khabar dan khabar baik. Dia tak boleh buat ayat, sampai kita turunkan kayu ukur ke situ,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, ia antara kesukaran dihadapi pihaknya untuk memberi status warganegara kepada warga emas.

“Ada warga yang usia lama, mereka terlalu fasih dengan bahasa asing sampai tak boleh langsung (bahasa Melayu), itu antara kekangan kita hadapi, itu pun saya cuba bantu dan saya akan bantu mudahcarakan,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) mengenai permohonan warganegara yang tidak diluluskan untuk sebilangan warga emas. 

Advertisement

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending