Connect with us

Terkini

Penggunaan plastik sekali guna dihapuskan, ganti yang terbiodegradasi – Nik Nazmi

Kerajaan sedang berusaha untuk menghapuskan penggunaan plastik sekali guna yang tidak terbiodegradasi secara berperingkat dengan mempromosi alternatif dan bahan mampan dalam pengeluaran plastik selaras Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penggunaan plastik sekali guna dihapuskan, ganti yang terbiodegradasi – Nik Nazmi
Foto: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
  • Kerajaan sedang berusaha untuk menghapuskan penggunaan plastik sekali guna yang tidak terbiodegradasi secara berperingkat dengan mempromosi alternatif dan bahan mampan dalam pengeluaran plastik selaras Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030.
  • Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pihaknya juga sedang mencari jalan untuk menggalakkan usahawan sektor tidak formal seperti pengusaha warung dan gerai kecil yang memainkan peranan besar dalam komuniti agar menggantikan plastik sekali guna dengan yang boleh terbiodegradasi.
  • “Kita perlu memastikan bahawa plastik yang digunakan benar-benar boleh terbiodegradasi kerana pada masa ini, kebanyakannya masih perlu dibawa ke kilang atau loji dan dibiodegradasi dalam persekitaran yang terkawal,” katanya selepas menghadiri majlis anjuran Polymateria sempena Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023, semalam.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang berusaha untuk menghapuskan penggunaan plastik sekali guna yang tidak terbiodegradasi secara berperingkat dengan mempromosi alternatif dan bahan mampan dalam pengeluaran plastik selaras Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pihaknya juga sedang mencari jalan untuk menggalakkan usahawan sektor tidak formal seperti pengusaha warung dan gerai kecil yang memainkan peranan besar dalam komuniti agar menggantikan plastik sekali guna dengan yang boleh terbiodegradasi.

“Kita perlu memastikan bahawa plastik yang digunakan benar-benar boleh terbiodegradasi kerana pada masa ini, kebanyakannya masih perlu dibawa ke kilang atau loji dan dibiodegradasi dalam persekitaran yang terkawal,” katanya selepas menghadiri majlis anjuran Polymateria sempena Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023, semalam.

Beliau berkata SIRIM juga telah mengeluarkan Label Eko bagi memastikan produk dalam pasaran adalah palsu dan mengelirukan pengguna.

“Pada masa sama, kami menggalakkan seramai mungkin pemain industri beralih kepada penggunaan plastik terbiodegradasi,” katanya.

Label Eko SIRIM adalah Program Pelabelan Eko Kebangsaan Malaysia yang memberikan kelebihan daya saing berbanding produk serupa dalam pasaran yang mengutamakan alam sekitar.

Nik Nazmi berkata, walaupun kos plastik konvensional adalah 10 peratus lebih rendah berbanding plastik terbiodegradasi, peningkatan dalam penggunaan plastik terbiodegradasi adalah positif. Ditanya sama ada lebih banyak inisiatif akan diumum dalam Belanjawan 2024, beliau berkata dasar semasa adalah mencukupi dan tiada perkara baru yang dijangka diumum dalam masa terdekat.

“Saya rasa jika kita mengikuti pelan hala tuju serta Dasar dan Pelan Tindakan Sisa Marin Kebangsaan 2021-2030, kita akan dapat mencapai banyak perkara.

“Antara usaha yang dijalankan ialah menjalin kerjasama dengan The Ocean Cleanup untuk melaksanakan teknologi pemintas yang akan membantu meningkatkan kutipan untuk kitar semula dan mengelak daripada sisa plastik bocor ke lautan,” katanya.

Nik Nazmi juga berkata dari segi pembabitan pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri dalam inisiatif hijaunya, terdapat keperluan untuk memiliki piawaian minimum supaya ia boleh menggalakkan mereka bersaing antara satu sama lain dan mengetengahkan perkembangan mereka dalam mengatasi cabaran.

“Kita perlu mendorong pihak berkuasa tempatan untuk bergerak seiring kerana sesetengahnya bergerak begitu pantas manakala yang lain ketinggalan.

“Kita perlu bekerjasama dan membabitkan diri dengan semua pihak berkepentingan secara kreatif serta melihat alternatif lain yang boleh diketengah jika kita tidak dapat menghapuskan penggunaan plastik sepenuhnya,” katanya. 

Sumber: Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *