Terkini
Penggunaan plastik sekali guna dihapuskan, ganti yang terbiodegradasi – Nik Nazmi
Kerajaan sedang berusaha untuk menghapuskan penggunaan plastik sekali guna yang tidak terbiodegradasi secara berperingkat dengan mempromosi alternatif dan bahan mampan dalam pengeluaran plastik selaras Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030.

- Kerajaan sedang berusaha untuk menghapuskan penggunaan plastik sekali guna yang tidak terbiodegradasi secara berperingkat dengan mempromosi alternatif dan bahan mampan dalam pengeluaran plastik selaras Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030.
- Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pihaknya juga sedang mencari jalan untuk menggalakkan usahawan sektor tidak formal seperti pengusaha warung dan gerai kecil yang memainkan peranan besar dalam komuniti agar menggantikan plastik sekali guna dengan yang boleh terbiodegradasi.
- “Kita perlu memastikan bahawa plastik yang digunakan benar-benar boleh terbiodegradasi kerana pada masa ini, kebanyakannya masih perlu dibawa ke kilang atau loji dan dibiodegradasi dalam persekitaran yang terkawal,” katanya selepas menghadiri majlis anjuran Polymateria sempena Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023, semalam.
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang berusaha untuk menghapuskan penggunaan plastik sekali guna yang tidak terbiodegradasi secara berperingkat dengan mempromosi alternatif dan bahan mampan dalam pengeluaran plastik selaras Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pihaknya juga sedang mencari jalan untuk menggalakkan usahawan sektor tidak formal seperti pengusaha warung dan gerai kecil yang memainkan peranan besar dalam komuniti agar menggantikan plastik sekali guna dengan yang boleh terbiodegradasi.
“Kita perlu memastikan bahawa plastik yang digunakan benar-benar boleh terbiodegradasi kerana pada masa ini, kebanyakannya masih perlu dibawa ke kilang atau loji dan dibiodegradasi dalam persekitaran yang terkawal,” katanya selepas menghadiri majlis anjuran Polymateria sempena Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023, semalam.
Beliau berkata SIRIM juga telah mengeluarkan Label Eko bagi memastikan produk dalam pasaran adalah palsu dan mengelirukan pengguna.
“Pada masa sama, kami menggalakkan seramai mungkin pemain industri beralih kepada penggunaan plastik terbiodegradasi,” katanya.
Label Eko SIRIM adalah Program Pelabelan Eko Kebangsaan Malaysia yang memberikan kelebihan daya saing berbanding produk serupa dalam pasaran yang mengutamakan alam sekitar.
Nik Nazmi berkata, walaupun kos plastik konvensional adalah 10 peratus lebih rendah berbanding plastik terbiodegradasi, peningkatan dalam penggunaan plastik terbiodegradasi adalah positif. Ditanya sama ada lebih banyak inisiatif akan diumum dalam Belanjawan 2024, beliau berkata dasar semasa adalah mencukupi dan tiada perkara baru yang dijangka diumum dalam masa terdekat.
“Saya rasa jika kita mengikuti pelan hala tuju serta Dasar dan Pelan Tindakan Sisa Marin Kebangsaan 2021-2030, kita akan dapat mencapai banyak perkara.
“Antara usaha yang dijalankan ialah menjalin kerjasama dengan The Ocean Cleanup untuk melaksanakan teknologi pemintas yang akan membantu meningkatkan kutipan untuk kitar semula dan mengelak daripada sisa plastik bocor ke lautan,” katanya.
Nik Nazmi juga berkata dari segi pembabitan pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri dalam inisiatif hijaunya, terdapat keperluan untuk memiliki piawaian minimum supaya ia boleh menggalakkan mereka bersaing antara satu sama lain dan mengetengahkan perkembangan mereka dalam mengatasi cabaran.
“Kita perlu mendorong pihak berkuasa tempatan untuk bergerak seiring kerana sesetengahnya bergerak begitu pantas manakala yang lain ketinggalan.
“Kita perlu bekerjasama dan membabitkan diri dengan semua pihak berkepentingan secara kreatif serta melihat alternatif lain yang boleh diketengah jika kita tidak dapat menghapuskan penggunaan plastik sepenuhnya,” katanya.
Sumber: Buletin TV3
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas