Connect with us

Terkini

MOSTI terajui rangka kod etika AI

Kerajaan sedang merangka kod etika kecerdasan buatan (AI) untuk panduan pembangunan teknologi itu di negara ini secara bertanggungjawab dan dipercayai, sekali gus menangani isu yang dijangka tercetus.

Wartawan TMT

Published

on

MOSTI terajui rangka kod etika AI
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan sedang merangka kod etika kecerdasan buatan (AI) untuk panduan pembangunan teknologi itu di negara ini secara bertanggungjawab dan dipercayai, sekali gus menangani isu dijangka tercetus.
  • Usaha membangunkan Kod Etika AI dan Prinsip AI diterajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) susulan beberapa isu ketara mengenai etika AI dikenal pasti, khususnya berkaitan privasi dan sekuriti, selain kesannya kepada kehidupan manusia.
  • Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata apabila siap kelak kod etika berkenaan boleh menjadi panduan untuk jabatan dan agensi kerajaan, industri dan sektor pendidikan serta orang awam sebagai pengguna akhir.
  • “Persoalan yang lebih tepat untuk kita tangani ialah bagaimana kita boleh meminimumkan impak dengan memberikan peluang dari segi peningkatan kemahiran atau upskilling dan latihan kemahiran semula atau reskilling kepada pekerja,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang merangka kod etika kecerdasan buatan (AI) untuk panduan pembangunan teknologi itu di negara ini secara bertanggungjawab dan dipercayai, sekali gus menangani isu yang dijangka tercetus.

Usaha membangunkan Kod Etika AI dan Prinsip AI diterajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu susulan beberapa isu ketara mengenai etika AI yang dikenal pasti, khususnya berkaitan privasi dan sekuriti, selain kesannya kepada kehidupan manusia.

Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata apabila siap kelak kod etika berkenaan boleh menjadi panduan untuk jabatan dan agensi kerajaan, industri dan sektor pendidikan serta orang awam sebagai pengguna akhir.

“Kehadiran AI dalam kehidupan manusia perlu diberi perhatian kerana teknologi itu bakal menggantikan sumber manusia sehingga isu kehilangan pekerjaan. Ia tidak dapat disangkal seperti juga rekaan, ciptaan dan perkembangan teknologi sejak berkurun dahulu yang menggantikan pekerjaan sedia ada.

“Persoalan yang lebih tepat untuk kita tangani ialah bagaimana kita boleh meminimumkan impak dengan memberikan peluang dari segi peningkatan kemahiran atau upskilling dan latihan kemahiran semula atau reskilling kepada pekerja.

“Jadi, MOSTI sedang mengambil langkah melalui Pelan Tindakan AI berkaitan dengan governan, perundangan dan etika, untuk mengawal selia AI susulan ancaman yang sedia ada dan bakal timbul kesan penggunaan teknologi terbabit,” katanya kepada BH.

Inisiatif bagi mengawal selia teknologi baharu itu dirangka berdasarkan saranan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengenai Etika AI yang diperkenalkan pada November 2021.

Advertisement

Tujuh tumpuan

Di bawah Prinsip AI yang bertanggungjawab, tujuh tumpuan ditetapkan demi melindungi manusia, iaitu saksama; kebolehpercayaan, keselamatan dan kawalan; privasi dan sekuriti; keterangkuman; ketelusan; akauntabiliti serta mengejar faedah dan kebahagiaan manusia.

Pembangunan Kod Etika AI dan Prinsip AI itu turut membabitkan kerjasama institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cybersecurity Malaysia (CSM) serta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Pada 26 Jun lalu, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar memberi amaran AI boleh menyebabkan kemelesetan pasaran pekerjaan kerana teknologi itu sudah digunakan untuk automasi tugas dalam pelbagai industri, termasuk pembuatan, penjagaan kesihatan dan khidmat pelanggan.

Dianggarkan, 4.5 juta rakyat Malaysia berisiko hilang pekerjaan menjelang 2030 sekiranya tidak meningkatkan kemahiran atau menjalani latihan kemahiran semula.

AI juga membuka peluang untuk penjenayah siber melakukan klon suara sehingga hampir tidak dapat dibezakan dengan percakapan manusia, berikutan pelbagai aplikasi tersedia secara percuma di internet untuk mencipta suara AI dengan mencuri sampel suara sebenar manusia.

Advertisement

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, terdapat lapan pelan tindakan sedang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Kerja 1: Perundangan dan Etika yang berperanan untuk merangka penyelesaian perundangan yang mengekang pembangunan inovasi teknologi AI.

Ia, katanya, bagi memastikan semua inisiatif yang dilaksanakan bagi pembangunan teknologi terkini itu adalah mengikut prinsip dan garis panduan yang bertanggungjawab serta mematuhi akta berkaitan.

Sementara menunggu perundangan mengenai AI siap digubal, Aminuddin berkata, MOSTI dalam usaha membangunkan garis panduan AI dalam aspek governan dan etika berserta rangka kerja sebagai salah satu langkah untuk mengawal selia teknologi itu.

“Kerajaan sedang melaksanakan kajian mendalam berkenaan perundangan dan kawal selia berkaitan AI di bawah undang-undang Malaysia,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending