Connect with us

Antarabangsa

PBB perlu hentikan keganasan Israel – Wisma Putra

Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang khas untuk menuntut semua pihak menghentikan keganasan Israel terhadap Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PBB perlu hentikan keganasan Israel – Wisma Putra
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang khas untuk menuntut semua pihak menghentikan keganasan Israel terhadap Palestin.
  • Dalam kenyataan Kementerian Luar menegaskan, hak rakyat Palestin perlu dihormati dan melindungi nyawa orang awam yang tidak bersalah.
  • Jelasnya, Majlis Keselamatan PBB perlu memenuhi tanggungjawab menerusi piagam majlis itu untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
  • “Malaysia amat bimbang kehilangan begitu banyak nyawa akibat pertempuran di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza. Kehilangan nyawa, penderitaan dan kemusnahan harus dihentikan.
  • “Punca utama mesti diakui. Rakyat Palestin telah tertakluk kepada pendudukan haram yang berpanjangan, sekatan dan penderitaan, penodaan Al-Aqsa, serta politik perampasan di tangan Israel sebagai penjajah,” katanya dalam kenyataan semalam.

PUTRAJAYA: Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang khas untuk menuntut semua pihak menghentikan keganasan Israel terhadap Palestin.

Dalam kenyataan Kementerian Luar menegaskan, hak rakyat Palestin perlu dihormati dan melindungi nyawa orang awam yang tidak bersalah.

Jelasnya, Majlis Keselamatan PBB perlu memenuhi tanggungjawab menerusi piagam majlis itu untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

“Malaysia amat bimbang kehilangan begitu banyak nyawa akibat pertempuran di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza. Kehilangan nyawa, penderitaan dan kemusnahan harus dihentikan.

“Punca utama mesti diakui. Rakyat Palestin telah tertakluk kepada pendudukan haram yang berpanjangan, sekatan dan penderitaan, penodaan Al-Aqsa, serta politik perampasan di tangan Israel sebagai penjajah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Wisma Putra berkata, tindakan tidak konsisten ke atas rejim Israel telah menimbulkan persoalan kepada prinsip antarabangsa.

Ia secara tidak langsung mewujudkan keperluan supaya pendirian lebih konsisten disuarakan dalam menangani pentadbiran ala aparteid rejim itu.

Pada masa sama, layanan tidak adil dan hipokrit dalam menangani mana-mana rejim yang mengamalkan aparteid ternyata melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

“Rakyat Palestin berhak hidup dalam keadaan aman di peringkat antarabangsa sempadan yang diiktiraf, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *