Terkini
Kilang disyaki sorok 180 tan metrik beras tempatan disita
Kegiatan sebuah kilang di salah sebuah daerah, di sini yang dipercayai menyorok sebanyak 180 tan metrik beras putih tempatan (BPT) dibongkar menerusi Task Force Khas Op BPT yang dijalankan, pada Isnin.
- Kegiatan sebuah kilang di salah sebuah daerah, di sini yang dipercayai menyorok sebanyak 180 tan metrik beras putih tempatan (BPT) dibongkar menerusi Task Force Khas Op BPT yang dijalankan, pada Isnin.
- Sitaan dilakukan setelah kilang terbabit didapati menyorok bekalan beras tersebut dalam gudang simpanan yang tidak dinyatakan dalam lesen.
- Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, beras bergred Super Spesial Tempatan lima peratus (SST5) atau BPT itu ditemukan di dalam kampit jumbo.
- “Mengesyaki kilang tersebut telah melakukan kesalahan menyimpan stok beras tanpa lesen, pasukan Task Force Khas bertindak menyita BPT yang berada di dalam gudang tersebut dengan hasil sitaan dianggarkan bernilai RM405,000.
- “Sitaan dilakukan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Kilang-Kilang Padi) 1996 P.U (A) 626,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai operasi itu di sini, semalam.
ALOR SETAR: Kegiatan sebuah kilang di salah sebuah daerah, di sini yang dipercayai menyorok sebanyak 180 tan metrik beras putih tempatan (BPT) dibongkar menerusi Task Force Khas Op BPT yang dijalankan, pada Isnin.
Sitaan terhadap makanan ruji negara itu dilakukan setelah kilang terbabit didapati menyorok bekalan beras tersebut dalam gudang simpanan yang tidak dinyatakan dalam lesen.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, beras bergred Super Spesial Tempatan lima peratus (SST5) atau BPT itu ditemukan di dalam kampit jumbo.
“Mengesyaki kilang tersebut telah melakukan kesalahan menyimpan stok beras tanpa lesen, pasukan Task Force Khas bertindak menyita BPT yang berada di dalam gudang tersebut dengan hasil sitaan dianggarkan bernilai RM405,000.
“Sitaan dilakukan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Kilang-Kilang Padi) 1996 P.U (A) 626,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai operasi itu di sini, semalam.
Antara agensi dan jabatan yang terlibat dalam operasi itu adalah Kawalselia Padi dan Beras (KPB), polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS).
Foong Hin berkata, ia merupakan sitaan pertama dalam tempoh Op BPT dilaksanakan yang setakat ini merangkumi pemeriksaan terhadap lapan pemborong dan enam pengilang di negeri ini.
“Amaran keras kepada mana-mana pihak agar patuh undang-undang yang ditetapkan. Kementerian dan anggota-anggota Task Force akan bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja sama ada individu atau syarikat yang didapati melanggar peraturan.
“Jangan ambil kesempatan kerana ini masanya kita berganding bahu untuk menjamin kecukupan bekalan makanan yang berpatutan untuk rakyat, bukannya menekan pengguna atau pesawah demi mengaut keuntungan yang lebih,” katanya.
Katanya, jika didapati bersalah, kilang tersebut boleh didenda sehingga RM25,000 bagi kesalahan pertama dan Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras melalui notis secara bertulis boleh membatalkan atau menggantung lesen.
Sumber: Utusan Malaysia