Connect with us

Terkini

MKI, Fiqh Islami bincang isu status daging kultur bulan depan – Menteri Agama

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan mengadakan satu mesyuarat khas  dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA) di Jeddah, Arab Saudi, bulan depan bagi membincangkan isu status daging kultur.

Wartawan TMT

Published

on

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na'im (kiri) dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor (kanan).
  • Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan mengadakan satu mesyuarat khas  dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA) di Jeddah, Arab Saudi, bulan depan bagi membincangkan isu status daging kultur.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sebelum ini MKI berbincang mengenai status daging kultur itu, namun perbincangan itu dilihat perlu diperhalusi dan diteliti di peringkat antarabangsa sebelum mengeluarkan keputusan.
  • Beliau berkata keputusan diumumkan MKI nanti juga akan menghimpunkan semua mufti di seluruh negara yang memiliki kepakaran dan ilmu dalam bidang masing-masing.
  • “Walaupun MKI dan IIFA akan mengadakan pertemuan dalam tempoh sebulan, tetapi sebarang keputusan mengenai status daging kultur itu akan diumumkan selepas mendapat perkenan daripada Majlis Raja Raja.
  • “Selain itu jika ada sebarang isu mengenai kemasukan daging kultur daripada luar negara, saya yakin agensi lain seperti Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) akan menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya dipetik Berita Harian ketika ditemui pada majlis Sambutan Jubli Emas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, hari ini.
  • Sebelum ini media melaporkan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata fatwa mengenai hukum memakan daging kultur tidak perlu dikeluarkan secara terburu-buru sehingga diketahui secara jelas sumbernya.
  • Ia susulan kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mendapati bahawa daging kultur, secara amnya halal atau dibenarkan dimakan oleh orang Islam sekiranya ia memenuhi syarat.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan mengadakan satu mesyuarat khas  dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA) di Jeddah, Arab Saudi, bulan depan bagi membincangkan isu status daging kultur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sebelum ini MKI berbincang mengenai status daging kultur itu, namun perbincangan itu dilihat perlu diperhalusi dan diteliti di peringkat antarabangsa sebelum mengeluarkan keputusan. 

Beliau berkata keputusan diumumkan MKI nanti juga akan menghimpunkan semua mufti di seluruh negara yang memiliki kepakaran dan ilmu dalam bidang masing-masing.

“Walaupun MKI dan IIFA akan mengadakan pertemuan dalam tempoh sebulan, tetapi sebarang keputusan mengenai status daging kultur itu akan diumumkan selepas mendapat perkenan daripada Majlis Raja Raja. 

“Selain itu jika ada sebarang isu mengenai kemasukan daging kultur daripada luar negara, saya yakin agensi lain seperti Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) akan menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya dipetik Berita Harian ketika ditemui pada majlis Sambutan Jubli Emas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata fatwa mengenai hukum memakan daging kultur tidak perlu dikeluarkan secara terburu-buru sehingga diketahui secara jelas sumbernya.

Beliau berkata kesan ke atas manusia dan bahan-bahan bagi penghasilannya juga perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum fatwa dikeluarkan.

Ia susulan kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mendapati bahawa daging kultur, secara amnya halal atau dibenarkan dimakan oleh orang Islam sekiranya ia memenuhi syarat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending