Antarabangsa
Israel tidak akan lakukan gencatan senjata – Netanyahu
Benjamin Netanyahu dengan tegas menyatakan, Israel tidak akan sama sekali melakukan gencatan senjata dalam usaha mencapai keamanan pada perang dengan Hamas yang berlanjutan hampir empat minggu itu.
- Benjamin Netanyahu dengan tegas menyatakan, Israel tidak akan sama sekali melakukan gencatan senjata dalam usaha mencapai keamanan pada perang dengan Hamas yang berlanjutan hampir empat minggu itu.
- “Saya ingin jelaskan pendirian Israel mengenai gencatan senjata. Seperti mana Amerika Syarikat yang tidak setuju dengan gencatan senjata selepas Pearl Harbour dibom atau selepas serangan pengganas pada 11 September (2001), Israel tidak akan setuju menghentikan peperangan dengan Hamas selepas serangan ngeri pada 7 Oktober lalu,” tegas Netanyahu pada Isnin.
- “Mendesak Israel melakukan gencatan senjata atau menyerah pada Hamas, menyerah pada pengganas, menyerah pada kebiadapan, semua itu tidak akan berlaku,” tambah Netanyahu.
TEL AVIV: Benjamin Netanyahu dengan tegas menyatakan, Israel tidak akan sama sekali melakukan gencatan senjata dalam usaha mencapai keamanan pada perang dengan Hamas yang berlanjutan hampir empat minggu itu.
Seperti mana Amerika Syarikat (AS) yang juga melakukan perkara sama semasa Jepun menyerang Pearl Harbour pada 1941 dan susulan serangan ke atas menara berkembar World Trade Centre (WTC) pada 11 September 2001, pendirian diambil Israel dalam perang dengan Hamas sama seperti sekutunya.
“Saya ingin jelaskan pendirian Israel mengenai gencatan senjata. Seperti mana Amerika Syarikat yang tidak setuju dengan gencatan senjata selepas Pearl Harbour dibom atau selepas serangan pengganas pada 11 September (2001), Israel tidak akan setuju menghentikan peperangan dengan Hamas selepas serangan ngeri pada 7 Oktober lalu,” tegas Netanyahu pada Isnin.
“Mendesak Israel melakukan gencatan senjata atau menyerah pada Hamas, menyerah pada pengganas, menyerah pada kebiadapan, semua itu tidak akan berlaku,” tambah Netanyahu.
Memetik petikan kitab Bible yang menyebut terdapat ruang masa untuk keamanan, Netanyahu berkata: “Kini masanya untuk berperang.”
Ditanya apakah beliau mempertimbangkan untuk letak jawatan, tegas Netanyahu, matlamat utamanya ialah menyingkirkan Hamas.
“Kami (Israel) akan singkirkan mereka (Hamas) ke dalam tong sampah sejarah. Itu matlamat saya. Itu tanggungjawab saya,” jelas Netanyahu.
Sementara itu, jurucakap Hamas pada Isnin berkata, Israel tidak akan berjaya memasuki Gaza, “kecuali di beberapa kawasan yang terbatas” selain membayangkan situasi kemanusiaan di wilayah bergolak itu seperti satu ‘malapetaka.’
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times