Connect with us

Antarabangsa

Israel sedia lancar serangan darat ke atas Gaza

Israel sedang bersedia untuk melakukan pencerobohan darat ke atas Gaza, kata Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan yang disiarkan, tetapi enggan memberikan sebarang butiran masa dan maklumat lain mengenai operasi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Israel sedia lancar serangan darat ke atas Gaza
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel sedang bersedia untuk melakukan pencerobohan darat ke atas Gaza, kata Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan yang disiarkan, tetapi enggan memberikan sebarang butiran masa dan maklumat lain mengenai operasi itu.
  • Katanya, keputusan mengenai bila tentera akan memasuki kawasan Palestin yang dikawal oleh Hamas, akan dibuat kabinet perang khas kerajaan, termasuk satu daripada ketua parti pembangkang.
  • “Kami sedang bersiap untuk serangan darat. Saya tidak akan menghuraikan bila, bagaimana atau berapa. Saya juga tidak akan menghuraikan pelbagai pengiraan yang kami buat, yang kebanyakannya tidak diketahui orang ramai dan begitulah keadaannya,” kata Netanyahu.

BAITULMAQDIS: Israel sedang bersedia untuk melakukan pencerobohan darat ke atas Gaza, kata Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan yang disiarkan, tetapi enggan memberikan sebarang butiran masa dan maklumat lain mengenai operasi itu.

Katanya, keputusan mengenai bila tentera akan memasuki kawasan Palestin yang dikawal oleh Hamas, akan dibuat kabinet perang khas kerajaan, termasuk satu daripada ketua parti pembangkang.

“Kami sedang bersiap untuk serangan darat. Saya tidak akan menghuraikan bila, bagaimana atau berapa. Saya juga tidak akan menghuraikan pelbagai pengiraan yang kami buat, yang kebanyakannya tidak diketahui orang ramai dan begitulah keadaannya,” kata Netanyahu.

Israel sejak beberapa hari lalu mengebom kawasan di Semenanjung Gaza yang padat dengan penduduk susulan serangan Hamas pada 7 Oktober ke atas komuniti Israel yang mengorbankan kira-kira 1,400 orang.

Lebih 6,500 rakyat Palestin terbunuh dalam pengeboman itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Netanyahu, yang setakat ini tidak bertanggungjawab atas kegagalan keselamatan yang membawa kepada serangan Hamas, berkata semua yang terbabit akan diminta bertanggungjawab.

“Skandal itu akan disiasat sepenuhnya. Semua orang perlu memberi jawapan, saya juga. Tetapi semua ini hanya akan berlaku selepas perang,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, memetik pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Israel, Wall Street Journal melaporkan Israel bersetuju untuk menangguhkan pencerobohan ke atas Gaza buat masa ini, supaya AS boleh menyegerakan pertahanan peluru berpandu ke rantau itu.

Reuters melaporkan, Washington menasihatkan Israel untuk menangguhkan serangan darat.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending