Terkini
Dong Zong gesa kerajaan beri perhatian pembinaan semua jenis aliran sekolah
Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menggesa kerajaan memberi lebih perhatian kepada pelan pembinaan dan penempatan semula setiap jenis aliran sekolah.
- Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menggesa kerajaan memberi lebih perhatian kepada pelan pembinaan dan penempatan semula setiap jenis aliran sekolah.
- Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berkata peruntukan untuk Kementerian Pendidikan dalam Belanjawan 2024 mencecah RM 58.7 bilion iaitu peruntukan tertinggi dalam sejarah, namun ia tidak menyenaraikan peruntukan untuk setiap jenis sekolah, termasuk sekolah menengah jenis kebangsaan, sekolah menengah persendirian dan tiga universiti swasta.
- “Tambahan pula, bagi sekolah menengah persendirian Cina (SMPC), penduduk di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur padat. 3,500 pelajar beratur untuk memasuki SMPC setiap tahun, harap kerajaan memberi perhatian,” kata Tai Kim dalam Majlis Pelantikan Ahli Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Perak dipetik Sin Chew Daily.
Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menggesa kerajaan memberi lebih perhatian kepada pelan pembinaan dan penempatan semula setiap jenis aliran sekolah.
Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berkata peruntukan untuk Kementerian Pendidikan dalam Belanjawan 2024 mencecah RM 58.7 bilion iaitu peruntukan tertinggi dalam sejarah, menunjukkan kerajaan amat mementingkan pendidikan.
Namun, katanya, ia tidak menyenaraikan peruntukan untuk setiap jenis sekolah, termasuk sekolah menengah jenis kebangsaan, sekolah menengah persendirian dan tiga universiti swasta.
Beliau berkata rancangan pembinaan 10 sekolah rendah Cina dan penempatan semula enam sekolah rendah Cina yang telah diluluskan pada 2017 masih belum dilaksanakan.
“Tambahan pula, bagi sekolah menengah persendirian Cina (SMPC), penduduk di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur padat. 3,500 pelajar beratur untuk memasuki SMPC setiap tahun, harap kerajaan memberi perhatian,” kata Tai Kim dalam Majlis Pelantikan Ahli Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Perak dipetik Sin Chew Daily.
Beliau berkata tindakan kerajaan memberi peruntukan kepada 63 SMPC di seluruh negara sejak 2019 mengiktiraf sumbangan institusi pendidikan swasta dalam memupuk bakat untuk negara.
Menurutnya, dari 2019 hingga 2023, purata peruntukan setiap sekolah meningkat daripada RM 190,000 kepada RM 250,000.
Sumber: Sin Chew Daily