Connect with us

Terkini

Dong Zong gesa kerajaan beri perhatian pembinaan semua jenis aliran sekolah

Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menggesa kerajaan memberi lebih perhatian kepada pelan pembinaan dan penempatan semula setiap jenis aliran sekolah.

Wartawan TMT

Published

on

Dong Zong gesa kerajaan beri perhatian pembinaan semua jenis aliran sekolah
Foto: Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim.
  • Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menggesa kerajaan memberi lebih perhatian kepada pelan pembinaan dan penempatan semula setiap jenis aliran sekolah.
  • Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berkata peruntukan untuk Kementerian Pendidikan dalam Belanjawan 2024 mencecah RM 58.7 bilion iaitu peruntukan tertinggi dalam sejarah, namun ia tidak menyenaraikan peruntukan untuk setiap jenis sekolah, termasuk sekolah menengah jenis kebangsaan, sekolah menengah persendirian dan tiga universiti swasta.
  • “Tambahan pula, bagi sekolah menengah persendirian Cina (SMPC), penduduk di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur padat. 3,500 pelajar beratur untuk memasuki SMPC setiap tahun, harap kerajaan memberi perhatian,” kata Tai Kim dalam Majlis Pelantikan Ahli Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Perak dipetik Sin Chew Daily.

Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menggesa kerajaan memberi lebih perhatian kepada pelan pembinaan dan penempatan semula setiap jenis aliran sekolah.

Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berkata peruntukan untuk Kementerian Pendidikan dalam Belanjawan 2024 mencecah RM 58.7 bilion iaitu peruntukan tertinggi dalam sejarah, menunjukkan kerajaan amat mementingkan pendidikan.

Namun, katanya, ia tidak menyenaraikan peruntukan untuk setiap jenis sekolah, termasuk sekolah menengah jenis kebangsaan, sekolah menengah persendirian dan tiga universiti swasta.

Beliau berkata rancangan pembinaan 10 sekolah rendah Cina dan penempatan semula enam sekolah rendah Cina yang telah diluluskan pada 2017 masih belum dilaksanakan.

“Tambahan pula, bagi sekolah menengah persendirian Cina (SMPC), penduduk di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur padat. 3,500 pelajar beratur untuk memasuki SMPC setiap tahun, harap kerajaan memberi perhatian,” kata Tai Kim dalam Majlis Pelantikan Ahli Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Perak dipetik Sin Chew Daily.

Beliau berkata tindakan kerajaan memberi peruntukan kepada 63 SMPC di seluruh negara sejak 2019 mengiktiraf sumbangan institusi pendidikan swasta dalam memupuk bakat untuk negara.

Menurutnya, dari 2019 hingga 2023, purata peruntukan setiap sekolah meningkat daripada RM 190,000 kepada RM 250,000.

Sumber: Sin Chew Daily

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending