Antarabangsa
UNGA 78: Perjanjian normalisasi Israel, negara Arab akan gagal – Presiden Iran
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, hari ini memberitahu bahawa usaha tajaan Amerika Syarikat (AS) untuk menormalisasikan hubungan Israel dengan negara-negara Teluk Arab, termasuk Arab Saudi, ‘tidak akan berjaya’.

- Presiden Iran, Ebrahim Raisi, hari ini memberitahu bahawa usaha tajaan Amerika Syarikat (AS) untuk menormalisasikan hubungan Israel dengan negara-negara Teluk Arab, termasuk Arab Saudi, ‘tidak akan berjaya’.
- Dalam temu bual dengan CNN, Raisi juga berkata, Iran tidak memaklumkan ia tidak mahu pemeriksa nuklear daripada badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berada di negara itu.
- Israel bergerak ‘lebih dekat’ dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi berikutan inisiatif diplomatik yang dipacu oleh AS pada 2020 yang mendorong untuk normalisasi.
- Menjalin hubungan dengan Arab Saudi akan menjadi hadiah utama bagi Israel dan mengubah geopolitik Timur Tengah.
WASHINGTON: Presiden Iran, Ebrahim Raisi, hari ini memberitahu bahawa usaha tajaan Amerika Syarikat (AS) untuk menormalisasikan hubungan Israel dengan negara-negara Teluk Arab, termasuk Arab Saudi, ‘tidak akan berjaya’.
Dalam temu bual dengan CNN, Raisi juga berkata, Iran tidak memaklumkan ia tidak mahu pemeriksa nuklear daripada badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berada di negara itu.
Israel bergerak ‘lebih dekat’ dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi berikutan inisiatif diplomatik yang dipacu oleh AS pada 2020 yang mendorong untuk normalisasi.
Menjalin hubungan dengan Arab Saudi akan menjadi hadiah utama bagi Israel dan mengubah geopolitik Timur Tengah.
Negara yang kaya dengan minyak itu adalah tuan rumah kepada beberapa tapak paling suci bagi Islam.
Kedua-duanya, Israel dan Arab Saudi serta negara Arab lain, berkongsi permusuhan bersama terhadap Iran, sebuah negara berfahaman Syiah dan sering menyaingi Arab Saudi.
Sebelum ini, Putera Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, berkata potensi menjalin hubungan bersejarah dengan Israel saban hari semakin ‘lebih hampir’, namun mahu isu Palestin diselesaikan terlebih dulu.
Beliau dalam satu temu bual dengan Fox News, juga menafikan bahawa Arab Saudi menangguhkan rundingan dengan Israel, yang diselaraskan oleh AS.
Tegasnya, kerajaan Arab Saudi mahu melihat kemajuan dalam rundingan damai Palestin, manakala kerajaan haluan kanan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, masih melaksanakan dasar penuh kontroversi di Tebing Barat yang diduduki.
“Bagi kami, isu Palestin adalah sangat penting. Kita perlu selesaikan bahagian itu. Kita perlu meringankan kehidupan rakyat Palestin,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak