Connect with us

Antarabangsa

Somalia lancar kad pengenalan digital

Somalia pada Sabtu melancarkan proses pendaftaran kad pengenalan digital, satu langkah “bersejarah” dalam usaha memupuk transformasi digital di negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Somalia lancar kad pengenalan digital
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Somalia pada Sabtu melancarkan proses pendaftaran kad pengenalan digital, satu langkah “bersejarah” dalam usaha memupuk transformasi digital di negara itu.
  • Presiden Somalia Hassan Sheikh Mohamud dan Perdana Menteri Hamza Abdi Barre, antara individu pertama menerima kad pengenalan mereka, lapor Agensi Anadolu (AA).
  • Perdana Menteri Barre berkata sistem kad pengenalan biometrik baharu itu akan menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat, di samping mewujudkan persekitaran kondusif untuk perpaduan di negara ini.
  • “Dengan pelancaran sistem pengenalan biometrik, rakyat kita akan menikmati hak perlembagaan mereka sepenuhnya,” katanya.
  • Beliau berkata langkah itu akan membantu rakyat Somalia mengatasi pelbagai cabaran sosioekonomi menghalang potensi pembangunan, sambil memajukan demokrasi dan kedaulatan undang-undang.

MOGADISHU: Somalia pada Sabtu melancarkan proses pendaftaran kad pengenalan digital, satu langkah “bersejarah” dalam usaha memupuk transformasi digital di negara itu.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Presiden Somalia Hassan Sheikh Mohamud dan Perdana Menteri Hamza Abdi Barre, antara individu pertama yang menerima kad pengenalan mereka, lapor Agensi Anadolu (AA).

Mohamud dalam satu kenyataan di X (Twitter) menyifatkan perkembangan terbaharu itu sebagai satu peristiwa penting dan akan meningkatkan keselamatan dan memperkasakan perkhidmatan awam, serta menyediakan rakyat (dengan) identiti mereka.

Perdana Menteri Barre berkata sistem kad pengenalan biometrik baharu itu akan menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat, di samping mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk perpaduan di negara ini.

“Dengan pelancaran sistem pengenalan biometrik, rakyat kita akan menikmati hak perlembagaan mereka sepenuhnya,” katanya pada majlis pelancaran di Mogadishu.

Beliau berkata langkah itu juga akan membantu rakyat Somalia mengatasi pelbagai cabaran sosioekonomi yang menghalang potensi pembangunan, sambil memajukan demokrasi dan kedaulatan undang-undang.

Pelancaran bersejarah itu dibuat ketika negara berkenaan sedang menentang kumpulan pengganas yang bersekutu dengan al-Qaeda yang telah berperang dengan kerajaan dan Pasukan Pengaman Kesatuan Afrika di negara itu sejak 2007. 

Sumber: Buletin TV3

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Belarus siapkan draf undang-undang anti propaganda LGBT dan pedofilia

Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Belarus, Alexander Lukashenko (kanan) dan Ketua Pendakwa Raya Republik Belarus, Andrei Shved (kiri).
  • Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.
  • Belta memetik Ketua Pendakwa Raya Republik Belarus, Andrei Shved sebagai berkata dalam ucapan kepada wakil rakyat bahawa rang undang-undang itu telah siap dan bakal menggariskan tanggungjawab pentadbiran bagi tindakan mempromosikan “hubungan tidak normal, pedofilia dan penolakan sukarela untuk mempunyai anak”.
  • Draf undang-undang itu kini sedang melalui prosedur kelulusan.
  • Undang-undang propaganda anti-gay dikuatkuasakan negara jiran Belarus iaitu Russia sejak 2013.
  • Homoseksualiti dibatalkan akta jenayahnya di Belarus pada 1994, bagaimanapun negara itu tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis dan pihak berkuasanya bertindak membanteras perarakan-perarakan pride LGBT.

Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Belta memetik Ketua Pendakwa Raya Republik Belarus, Andrei Shved sebagai berkata dalam ucapan kepada wakil rakyat bahawa rang undang-undang itu telah siap.

Ia bakal menggariskan tanggungjawab pentadbiran bagi tindakan mempromosikan “hubungan tidak normal, pedofilia dan penolakan sukarela untuk mempunyai anak”.

Draf undang-undang itu kini sedang melalui prosedur kelulusan.

Undang-undang propaganda anti-gay dikuatkuasakan negara jiran Belarus iaitu Russia sejak 2013.

Undang-undang itu dilihat efektif dalam usaha pelarangan ekspresi awam berkenaan tingkah laku atau gaya hidup lesbian, lelaki-lelaki gay, biseksual atau transgender.

Mahkamah Agung Rusia pada Disember lalu mengharamkan apa disebutnya sebagai “pergerakan sosial LGBT antarabangsa,” melabelnya sebagai organisasi ekstremis.

Homoseksualiti dibatalkan akta jenayahnya di Belarus pada 1994, bagaimanapun negara itu tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis dan pihak berkuasanya bertindak membanteras perarakan-perarakan pride LGBT.

Presiden Belarus, Alexander Lukashenko, sebelum ini secara terbuka menyelar golongan LGBT, memanggil lelaki gay sebagai “pelucah” dan “kesongsangan teragung” dalam ucapannya kepada ahli-ahli politik sekitar tahun lalu. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending