Connect with us

Antarabangsa

Palestin, Islamofobia dan etnik Rohingnya komitmen Malaysia dalam OIC

Malaysia telah menyatakan komitmennya terhadap konflik berpanjangan yang berlaku di Palestin, selain usaha menangani masalah Islamofobia.

Wartawan TMT

Published

on

Palestin-Islamofobia-dan-etnik-Rohingnya-komitmen-Malaysia-dalam-OIC
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Malaysia telah menyatakan komitmennya terhadap konflik berpanjangan yang berlaku di Palestin, selain usaha menangani masalah Islamofobia.
  • Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, perkara tersebut merupakan dua di antara tiga isu utama yang dibangkitkan selain permasalahan etnik Islam Rohingya.
  • Jelas beliau, isu tersebut dibangkitkan ketika beliau diberi kesempatan untuk menyampaikan kenyataan di Mesyuarat Koordinasi Tahunan Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
  • “Saya telah menyampaikan kenyataan Malaysia mengenai isu-isu berkepentingan di dalam OIC dan umat Islam yang sentiasa keutamaan di dalam membentuk dasar luar Malaysia.
  • “Pada masa sama, dalam ucapan ini juga saya mencadangkan empat perkara yang perlu diberi perhatian oleh OIC agar kekal relevan dengan isu semasa yang berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

MALAYSIA telah menyatakan komitmennya terhadap konflik berpanjangan yang berlaku di Palestin, selain usaha menangani masalah Islamofobia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, perkara tersebut merupakan dua di antara tiga isu utama yang dibangkitkan selain permasalahan etnik Islam Rohingya.

Jelas beliau, isu tersebut dibangkitkan ketika beliau diberi kesempatan untuk menyampaikan kenyataan di Mesyuarat Koordinasi Tahunan Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Ujarnya lagi, mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri Mauritania, Mohamed Salem Ould Merzoug.

“Saya telah menyampaikan kenyataan Malaysia mengenai isu-isu berkepentingan di dalam OIC dan umat Islam yang sentiasa keutamaan di dalam membentuk dasar luar Malaysia.

“Pada masa sama, dalam ucapan ini juga saya mencadangkan empat perkara yang perlu diberi perhatian oleh OIC agar kekal relevan dengan isu semasa yang berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Empat perkara tersebut adalah OIC mesti bekerjasama menghapuskan Islamofobia, selain memberi tekanan secara konsisten agar Palestin menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Advertisement

Turut disentuh adalah OIC memerlukan garis tindakan yang lebih kuat untuk melindungi Al-Quds al-Sharif dan Masjid Al-Aqsa serta menggesa ASEAN mencari jalan menangani isu teras konflik Rohingya.

Dalam hantaran berlainan, Zambry berkata, Malaysia mengesahkan komitmen mencari jalan mempercepatkan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030,

Perkara itu dinyatakan ketika beliau menyertai Mesyuarat Preparatory Ministerial Meeting for the Summit of the Future.

“Saya juga menggesa negara anggota supaya lebih berkesan dan inovatif dalam menangani cabaran global melalui multilateralisme yang semakin menjadi cabaran.

“Malaysia menggariskan kepentingan melalui rundingan terbuka, inklusif dan telus serta mengambil kira kebimbangan negara membangun, yang membentuk majoriti dunia.

“Berdasarkan prinsip Malaysia Madani, pastinya dasar seperti nilai sejagat kemampanan, ihsan dan belas kasihan…menjadi peranan yang membina dalam proses kehidupan,” katanya lagi.

Advertisement

Sumber: Utusan TV

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending