Connect with us

Antarabangsa

Indonesia pertimbang haramkan TikTok Shop

Pemerintah Indonesia bersedia untuk mengikut jejak langkah India dan Amerika Syarikat (AS) untuk melarang wadah media sosial TikTok daripada terlibat dalam kegiatan e-dagang, TikTok Shop di negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Indonesia pertimbang haramkan TikTok Shop
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pemerintah Indonesia bersedia mengikut jejak langkah India dan Amerika Syarikat (AS) melarang wadah media sosial TikTok daripada terlibat dalam kegiatan e-dagang, TikTok Shop di negara itu.
  • Ura-ura itu berdasarkan kebimbangan mengenai potensi monopoli perniagaan, kata seorang pegawai kanan pada Selasa.
  • Menteri Koperasi serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), Teten Masduki, dalam satu kenyataan berkata TikTok mempunyai sistem pembayaran digital dan sokongan logistiknya sendiri.
  • “Ini membenarkannya menjalankan operasi e-dagang yang boleh menjejas perniagaan tempatan kita,” katanya. 
  • Menurut Teten, pangkalan pengguna yang luas dan sistem mengesyorkan algoritma akan memberikan TikTok kelebihan yang tidak adil.
  • Teten menggesa wadah dagangan dalam talian di Indonesia supaya mengelak daripada menjual produk mereka sendiri atau syarikat gabungan untuk mengelakkan tingkah laku monopoli.

JAKARTA: Pemerintah Indonesia bersedia untuk mengikut jejak langkah India dan Amerika Syarikat (AS) untuk melarang wadah media sosial TikTok daripada terlibat dalam kegiatan e-dagang, TikTok Shop di negara itu.

Ura-ura itu berdasarkan kebimbangan mengenai potensi monopoli perniagaan, kata seorang pegawai kanan pada Selasa.

Menteri Koperasi serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), Teten Masduki, dalam satu kenyataan berkata TikTok mempunyai sistem pembayaran digital dan sokongan logistiknya sendiri.

“Ini membenarkannya menjalankan operasi e-dagang yang boleh menjejas perniagaan tempatan kita.

“India dan AS telah melarang TikTok daripada mengendalikan media sosial dan perniagaan e-dagangnya secara serentak, manakala di Indonesia, TikTok kini bebas melakukan kedua-duanya,” katanya.

Menteri itu memetik penyelidikan yang membentangkan bahawa TikTok telah menyepadukan ciri membeli-belah dalam talian yang memberi kesan kepada interaksi media sosial.

Walaupun TikTok masih dibenarkan untuk menjalankan wadah dagangan, ia tidak boleh digabungkan dengan aplikasi perkongsian video popularnya, yang mempunyai berpuluh juta pengguna di Indonesia.

Advertisement

Menurut Teten, pangkalan pengguna yang luas dan sistem mengesyorkan algoritma akan memberikan TikTok kelebihan yang tidak adil.

“Selain itu, mereka mempunyai sistem pembayaran dan sokongan logistik mereka sendiri. Ini sesuai dengan amalan perniagaan monopoli,” tegas beliau.

Atas alasan yang sama, Teten menggesa wadah dagangan dalam talian di Indonesia supaya mengelak daripada menjual produk mereka sendiri atau syarikat gabungan untuk mengelakkan tingkah laku monopoli.

Baru-baru ini, New York mengharamkan TikTok pada peranti milik pemerintah atas alasan kebimbangan keselamatan, sama seperti langkah sekatan yang diambil oleh beberapa bandar dan wilayah lain di AS.

TikTok adalah aplikasi perkongsian video pendek yang digunakan oleh lebih 150 juta rakyat AS dan dimiliki oleh gergasi teknologi China, ByteDance.

Baru-baru ini, ia berdepan dengan peningkatan desakan daripada penggubal undang-undang seluruh AS supaya mengharamkan media sosial itu atas kebimbangan mengenai kemungkinan pengaruh pemerintah China.

Advertisement

TikTok ‘menimbulkan ancaman keselamatan kepada rangkaian teknikal bandar ini’, kata Datuk Bandar New York, Eric Adams, dalam satu kenyataan.

Memetik laporan media tempatan, pengharaman di India dibuat selepas Kementerian Teknologi Maklumat India menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai aplikasi yang didakwa mengambil data secara tidak sah. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending