Connect with us

Antarabangsa

Biden tidak terima syarat lima defendan kes insiden 9/11

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, menolak beberapa syarat yang diberikan oleh lima tahanan Teluk Guantanamo sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan Pendakwa Raya Persekutuan untuk mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam serangan 11 September 2001.

Wartawan TMT

Published

on

Biden tidak terima syarat lima defendan kes insiden 9/11
Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, menolak beberapa syarat yang diberikan oleh lima tahanan Teluk Guantanamo sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan Pendakwa Raya Persekutuan untuk mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam serangan 11 September 2001.
  • Menurut laporan New York Times, semalam, lima defendan itu termasuk pejuang al-Qaeda, Khalid Sheikh Mohammed yang dituduh AS sebagai ‘arkitek utama’ serangan berkenaan.
  • Kelima-limanya ditawarkan perjanjian oleh pihak pendakwaan, yang akan menyaksikan mereka terlepas hukuman mati sebagai pertukaran untuk pengakuan bersalah dan penjara seumur hidup.
  • Defendan terbabit menyenaraikan beberapa syarat, termasuk tidak menjalani hukuman penjara seumur hidup dalam kurungan sendirian, serta dibenarkan makan dan solat bersama banduan lain.

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, menolak beberapa syarat yang diberikan oleh lima tahanan Teluk Guantanamo sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan Pendakwa Raya Persekutuan untuk mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam serangan 11 September 2001.

Menurut laporan New York Times, semalam, lima defendan itu termasuk pejuang al-Qaeda, Khalid Sheikh Mohammed yang dituduh AS sebagai ‘arkitek utama’ serangan berkenaan.

Kelima-limanya ditawarkan perjanjian oleh pihak pendakwaan, yang akan menyaksikan mereka terlepas hukuman mati sebagai pertukaran untuk pengakuan bersalah dan penjara seumur hidup.

Bagaimanapun, defendan terbabit menyenaraikan beberapa syarat, termasuk tidak menjalani hukuman penjara seumur hidup dalam kurungan sendirian, serta dibenarkan makan dan solat bersama banduan lain.

Rumah Putih mengesahkan Biden bersetuju dengan cadangan Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin, supaya tidak menerima syarat berkenaan, yang dikenali sebagai prinsip dasar bersama sebagai asas untuk rundingan pengakuan.

“Insiden 9/11 adalah satu-satunya serangan terburuk ke atas AS selepas kejadian Pearl Harbor. Presiden tidak percaya bahawa tindakan menerima prinsip dasar bersama sebagai asas untuk perjanjian pra-perbicaraan, adalah sesuai dalam keadaan ini.

“Pihak pentadbiran komited memastikan proses suruhanjaya tentera terbabit adalah saksama dan memberi keadilan kepada mangsa, mereka yang terselamat, pihak keluarga serta tertuduh jenayah berkenaan,” kata jurucakap Rumah Putih dalam kenyataan melalui e-mel.

Advertisement

Lebih 3,000 mangsa terkorban dalam insiden serangan membabitkan empat pesawat komersial yang dirampas, yang mana dua daripadanya dipandu merempuh menara berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York City.

Pesawat ketiga pula terhempas dalam kawasan Pentagon di Washington DC, manakala sebuah lagi terhempas di Pennsylvania selepas penumpang dilaporkan melawan balik perampas.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending