Antarabangsa
Wanita dirogol lebih 1,000 kali sejak 2009
Seorang lelaki di Russia ditahan kerana didakwa mengurung seorang wanita sebagai hamba seks selama 14 tahun di rumahnya di Chelyabinsk, barat negara itu, lapor New York Post.

- Seorang lelaki di Russia ditahan kerana didakwa mengurung seorang wanita sebagai hamba seks selama 14 tahun di rumahnya di Chelyabinsk, barat negara itu, lapor New York Post.
- Mangsa dikenali Ekaterina yang kini berusia 33 tahun, mendakwa dikurung sejak 2009 dan diperkosa lebih 1,000 kali.
- Suspek, Vladimir Cheskidov, 51, juga didakwa membunuh seorang wanita lain di rumah sama, pada 2011.
- Polis menggeledah rumah satu tingkat Cheskidov di kampung Smolino dan menemui koleksi mainan seks dan cakera padat (CD) yang mengandungi video pornografi.
- Memetik pegawai penyiasat, Russia Today berkata bahawa Cheskidov bertemu Ekaterina yang ketika itu berumur 19, pada 2009 dan mengajaknya minum minuman alkohol di rumah yang didiaminya sebelum mengurungnya di sana sejak itu.
- Cheskidov menghadapi tuduhan membunuh, merogol dan menculik. Lelaki itu kini ditempatkan di institusi mental dan diletakkan di bawah pengawasan polis.
MOSCOW – Seorang lelaki di Russia ditahan kerana didakwa mengurung seorang wanita sebagai hamba seks selama 14 tahun di rumahnya di Chelyabinsk, barat negara itu, lapor New York Post.
Mangsa dikenali Ekaterina yang kini berusia 33 tahun, mendakwa dikurung sejak 2009 dan diperkosa lebih 1,000 kali.
Suspek, Vladimir Cheskidov, 51, juga didakwa membunuh seorang wanita lain di rumah sama, pada 2011.

Suspek, Vladimir Cheskidov, 51, juga didakwa membunuh seorang wanita lain di rumah sama, pada 2011.
Cheskidov ditahan selepas Ekaterina, melarikan diri dengan bantuan ibunya sebelum pergi ke balai polis.
Ekaterina memberitahu polis bahawa dia dibenarkan keluar dari bilik tidur untuk melakukan kerja rumah selain mendakwa berulang kali diseksa, juga dipukul dengan kejam kerana isu-isu kecil.
Polis menggeledah rumah satu tingkat Cheskidov di kampung Smolino dan menemui koleksi mainan seks dan cakera padat (CD) yang mengandungi video pornografi.
Cawangan tempatan Jawatankuasa Penyiasatan Russia mengesahkan penemuan mayat manusia di ruang bawah tanah rumah itu.
Memetik pegawai penyiasat, Russia Today berkata bahawa Cheskidov bertemu Ekaterina yang ketika itu berumur 19, pada 2009 dan mengajaknya minum minuman alkohol di rumah yang didiaminya sebelum mengurungnya di sana sejak itu.
Cheskidov menghidap penyakit mental dan selepas keadaannya semakin teruk, dia dibawa ke hospital tempatan dan ia memberi peluang kepada Ekaterina untuk melarikan diri dari rumah itu.
Ekaterina memberitahu polis bahawa Cheskidov membawa seorang lagi banduan wanita ke dalam rumah, yang dibunuhnya selepas mereka bergaduh pada 2011.
Berikutan itu, Cheskidov menghadapi tuduhan membunuh, merogol dan menculik. Lelaki itu kini ditempatkan di institusi mental dan diletakkan di bawah pengawasan polis.
Sumber: Harian Metro
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini22 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak