Connect with us

Antarabangsa

PBB bimbang pertempuran baharu di Sudan

Ketua hal ehwal kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menyuarakan kebimbangnya terhadap pertempuran baharu di Sudan, yang menyekat laluan bantuan ke negara yang dilanda perang itu yang sudah kehabisan makanan.

Wartawan TMT

Published

on

PBB bimbang pertempuran baharu di Sudan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua hal ehwal kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menyuarakan kebimbangnya terhadap pertempuran baharu di Sudan, yang menyekat laluan bantuan ke negara dilanda perang itu yang kehabisan makanan.
  • Martin Griffiths berkata pertempuran semakin sengit di Darfur Selatan dan Kordofan Selatan dan menggesa pihak yang bertelagah supaya menghentikan permusuhan dan membenarkan penghantaran bantuan, lapor Agensi Anadolu.
  • “Ramai yang terbunuh dan beribu-ribu kehilangan tempat tinggal. Laluan bantuan disekat dan stok makanan habis,” tulis Griffiths di X (Twitter).
  • Beribu-ribu orang terbunuh dan lebih empat juta kehilangan tempat tinggal sejak perang tercetus antara Angkatan Bersenjata Sudah (SAF) dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) pada 15 April, terutama di Khartoum dan Darfur.

WASHINGTON — Ketua hal ehwal kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menyuarakan kebimbangnya terhadap pertempuran baharu di Sudan, yang menyekat laluan bantuan ke negara yang dilanda perang itu yang sudah kehabisan makanan.

Martin Griffiths berkata pertempuran semakin sengit di Darfur Selatan dan Kordofan Selatan dan menggesa pihak yang bertelagah supaya menghentikan permusuhan dan membenarkan penghantaran bantuan, lapor Agensi Anadolu.

“Ramai yang terbunuh dan beribu-ribu kehilangan tempat tinggal. Laluan bantuan disekat dan stok makanan habis,” tulis Griffiths di X (Twitter).

Beribu-ribu orang terbunuh dan lebih empat juta kehilangan tempat tinggal sejak perang tercetus antara Angkatan Bersenjata Sudah (SAF) dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) pada 15 April, terutama di Khartoum dan Darfur.

Menurut PBB, 19 pekerja bantuan terbunuh sejak pertempuran bermula lebih empat bulan lepas dan berpuluh-puluh gudang serta kemudahan kemanusiaan lain dirompak.

Kedua-dua pihak yang bertelagah menandatangani perjanjian kemanusiaan di Jeddah, Arab Saudi pada Jun yang membolehkan pembukaan koridor kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan kepada orang awam.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak sering kali tidak mematuhi gencatan senjata itu. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending