Connect with us

Antarabangsa

Kren tumbang di tapak jambatan lebuh raya, 17 pekerja maut

Sekurang-kurangnya 17 pekerja maut dan tiga lagi cedera awal Selasa selepas kren tumbang di atas tapak jambatan yang dalam fasa ketiga pembinaan Lebuhraya Samruddhi di daerah Thane di Maharashtra.

Wartawan TMT

Published

on

Kren tumbang di tapak jambatan lebuh raya, 17 pekerja maut
Foto: Keadaan ditapak lokasi berlakunya runtuhan kren di Maharashtra.
  • Sekurang-kurangnya 17 pekerja maut dan tiga lagi cedera awal Selasa selepas kren tumbang di atas tapak jambatan yang dalam fasa ketiga pembinaan Lebuhraya Samruddhi di daerah Thane di Maharashtra, India.
  • Timbalan Ketua Menteri Maharashtra, Devendra Fadnavis berkata, arahan siasatan tragedi itu sudah dikeluarkan.
  • “Kematian para pekerja sangat menyedihkan dan menyayat hati. Tiga pekerja cedera dalam kemalangan itu. Mereka sedang menjalani rawatan di hospital saya berdoa agar mereka cepat sembuh,” kata Fadnavis.

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 17 pekerja maut dan tiga lagi cedera awal Selasa selepas kren tumbang di atas tapak jambatan yang dalam fasa ketiga pembinaan Lebuhraya Samruddhi di daerah Thane di Maharashtra.

Kemalangan itu berlaku sekitar 12 pagi berhampiran perkampungan Sarlambe, kira-kira 80 km dari Mumbai.

Peralatan yang jatuh itu ialah kren gantri mudah alih yang digunakan dalam pembinaan jambatan.

Timbalan Ketua Menteri Maharashtra Devendra Fadnavis berkata, arahan siasatan tragedi itu sudah dikeluarkan.

“Kematian para pekerja sangat menyedihkan dan menyayat hati. Tiga pekerja cedera dalam kemalangan itu. Mereka sedang menjalani rawatan di hospital saya berdoa agar mereka cepat sembuh,” kata Fadnavis.

Beliau tidak menolak sekurang-kurangnya enam orang lagi dikhuatiri terperangkap di bawah serpihan.

Lebuh raya sepanjang 701 kilometer itu menghubungkan Mumbai dan Nagpur dijangka siap menjelang akhir tahun ini atau selewat-lewatnya Mac tahun depan.

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
  • Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
  • Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
  • Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
  • Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.

Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.

Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.

Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.

“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.

“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.

Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.

Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending