Connect with us

Antarabangsa

 Insiden bakar al-Quran: Denmark teruskan dialog dengan OIC

Denmark mengambil maklum mengenai pengisytiharan terbaharu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) rentetan penghinaan terhadap al-Quran baru-baru ini, sambil menyatakan ia akan meneruskan dialog rapat dengan negara anggotanya.

Wartawan TMT

Published

on

 Insiden bakar al-Quran: Denmark teruskan dialog dengan OIC
Foto: Menteri Luar Denmark, Lars Lokke Rasmussen (tengah).
  • Denmark mengambil maklum mengenai pengisytiharan terbaharu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) rentetan penghinaan terhadap al-Quran baru-baru ini, sambil menyatakan ia akan meneruskan dialog rapat dengan negara anggotanya.
  • “Denmark telah mengecam pembakaran al-Quran baru-baru ini dan sedang meneroka kemungkinan campur tangan dalam situasi istimewa membabitkan kebebasan bersuara Denmark,” lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen dalam Twitter.
  • Kenyataan itu dikeluarkan selepas sesi Mesyuarat Menteri-menteri Luar OIC “mengutuk sekeras-kerasnya” pembakaran al-Quran baru-baru ini di Sweden dan Denmark, dan menyatakan “kekesalan mendalam” bahawa insiden ini terus dibenarkan oleh pihak berkuasa.
  • Walaupun mendapat kecaman dan bantahan yang meluas, serangan terhadap al-Quran berterusan di Denmark dan Sweden.

LONDON: Denmark mengambil maklum mengenai pengisytiharan terbaharu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) rentetan penghinaan terhadap al-Quran baru-baru ini, sambil menyatakan ia akan meneruskan dialog rapat dengan negara anggotanya.

“Denmark telah mengecam pembakaran al-Quran baru-baru ini dan sedang meneroka kemungkinan campur tangan dalam situasi istimewa membabitkan kebebasan bersuara Denmark,” lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen dalam Twitter.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas sesi Mesyuarat Menteri-menteri Luar OIC “mengutuk sekeras-kerasnya” pembakaran al-Quran baru-baru ini di Sweden dan Denmark, dan menyatakan “kekesalan mendalam” bahawa insiden ini terus dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan lewat Ahad, kerajaan Denmark memaklumkan “oleh itu ia akan meneroka kemungkinan campur tangan dalam situasi khas di mana, sebagai contoh, negara, budaya, dan agama lain dihina, dan di mana ia boleh membawa kesan negatif yang ketara kepada Denmark, tidak kurang juga berkenaan dengan isu keselamatan”, menurut laporan itu.

Beberapa bulan kebelakangan ini perbuatan membakar atau mencemarkan al-Quran atau cubaan berbuat demikian oleh tokoh atau kumpulan Islamofobia, terutamanya di negara Eropah utara dan Nordik berlaku semakin kerap.

Walaupun mendapat kecaman dan bantahan yang meluas, serangan terhadap al-Quran berterusan di Denmark dan Sweden.

Di Copenhagen, ibu negara Denmark, anggota kumpulan anti-Islam dan ultra nasionalis Danske Patrioter (Patriot Denmark) membakar salinan kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Saudi.

Sementara itu, Salwan Momika, seorang pelarian Iraq berusia 37 tahun yang tinggal di Sweden, membakar satu lagi naskhah al-Quran di hadapan Parlimen Sweden dan menuntut supaya Islam diharamkan di negara itu.

Sumber : Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jenayah Islamofobia Jerman meningkat lebih dua kali ganda tahun lalu

Bilangan jenayah Islamofobia di Jerman meningkat lebih dua kali ganda tahun lalu berdasarkan  angka kerajaan dengan peningkatan dikaitkan dengan perang Israel ke atas Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Bilangan jenayah Islamofobia di Jerman meningkat lebih dua kali ganda tahun lalu berdasarkan  angka kerajaan dengan peningkatan dikaitkan dengan perang Israel ke atas Gaza.
  • Pada 2023, sekitar 1,464 jenayah seluruh negara diklasifikasikan sebagai Islamofobia, berbanding 610 jenayah kebencian anti-Muslim pada tahun sebelumnya, lapor agensi akhbar Jerman dpa memetik jawapan kerajaan berkenaan siasatan oleh Ahli Parlimen Christian Democratic Union (CDU), Christoph de Vries.
  • Sementara itu, polis melaporkan 137 jenayah Islamofobia pada suku pertama tahun ini.
  • Lonjakan dramatik jenayah kebencian anti-Muslim dikaitkan dengan perang Gaza yang semakin memuncak, menurut laporan itu dengan Jerman sebagai salah satu sekutu paling setia Israel.
  • Kerajaan Jerman berulang kali menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan Islamofobia di negara itu sejak bermulanya perang Israel ke atas Gaza tahun lalu.

Bilangan jenayah Islamofobia di Jerman meningkat lebih dua kali ganda tahun lalu berdasarkan  angka kerajaan dengan peningkatan dikaitkan dengan perang Israel ke atas Gaza.

Pada 2023, sekitar 1,464 jenayah seluruh negara diklasifikasikan sebagai Islamofobia berbanding 610 jenayah kebencian anti-Muslim pada tahun sebelumnya, lapor agensi akhbar Jerman dpa memetik jawapan kerajaan berkenaan siasatan oleh Ahli Parlimen Christian Democratic Union (CDU), Christoph de Vries.

Sementara itu, polis melaporkan 137 jenayah Islamofobia pada suku pertama tahun ini.

Lonjakan dramatik jenayah kebencian anti-Muslim dikaitkan dengan perang Gaza yang semakin memuncak, menurut laporan itu dengan Jerman sebagai salah satu sekutu paling setia Israel.

Walaupun begitu, kerajaan Jerman berulang kali menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan Islamofobia di negara itu sejak bermulanya perang Israel ke atas Gaza tahun lalu.

Sebarang serangan ke atas umat Islam di Jerman, atas sebab agama atau lain-lain, “sama sekali tidak boleh diterima,” kata jurucakap kerajaan Steffen Hebestreit.

“Hampir lima juta umat Islam di Jerman mempunyai hak untuk dilindungi,” katanya.

Perikatan Menentang Islamofobia dan Kebencian Anti-Muslim yang berpangkalan di Berlin juga memberi amaran tentang perkauman anti-Islam semakin meningkat di tengah-tengah konflik Israel-Palestin yang semakin memuncak di Gaza.

“Kami menyaksikan peningkatan perkauman anti-Muslim di Jerman. Ini sesuatu yang kita semua patut ambil berat dan perlu ambil serius,” kata Rima Hanano, ketua pertubuhan bukan kerajaan itu.

“Kita tidak boleh membenarkan pendirian tidak berperikemanusiaan terus dinormalisasi yang dengan itu menjejaskan perpaduan sosial. 

“Semua orang mesti dilindungi daripada keganasan dan ancaman perkauman, anti-semitisme dan lain-lain yang tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Dengan populasi lebih 84 juta orang, Jerman mempunyai penduduk Muslim kedua terbesar di Eropah Barat setelah Perancis. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending